335 SM

Milenium: milenium pertama SM
Abad:
  • abad ke-5 SM
  • abad ke-4 SM
  • abad ke-3 SM
Dekad:
  • 35-an SM
  • 34-an SM
  • 33-an SM
  • 32-an SM
  • 31-an SM
Tahun:
  • 338 SM
  • 337 SM
  • 336 SM
  • 335 SM
  • 334 SM
  • 333 SM
  • 332 SM


Peristiwa

Mengikut tempat

Yunani

  • Semasa dalam perjalanan balik ke Macedon melalui Delphi (seorang paderi wanita Phythia menyanjungnya sebagai "tidak dapat dikalahkan"), Raja Alexander dari Macedon mara masuk ke Thrace untuk memiliki Danube sebagai sempadan utaranya untuk kemaharajaan Macedon. Selepas merempuh Genting Shipka dan menumpaskan tentera Triballi, beliau merentasi Danube untuk memencarkan puak Getae. Berpusing ke barat, beliau kemudian menewaskan dan menghancurkan sebuah gabungan tentera Illyria yang sedang menyerang Macedon.
  • Satu khabar angin yang mengatakan bahawa Alexander telah dibunuh oleh tentera Illyria menyebabkan Thebans dan Athens bertempur semula. Di Thebes, 6,000 orang askar dibunuh dan askar-askar yang masih hidup dijual sebagai abdi.
  • Selepas menaklukkan Thebes, Alexander mendesak penyerahan Chares dan Charidemus, komander-komander askar upahan, antara lain. Chares melarikan diri ke Troad, manakala Charidemus dibuang negeri dan melarikan diri ke Parsi.
  • Kekaguman Alexander terhadap Demades, pemidato dan diplomat Athens, menyebabkannya memperlakukan Athens dengan lembut, walau penglibatan Athens dalam pemberontakan. Sebuah perutusan khas Athens yang diketuai oleh Phocion, seorang penentang puak anti-Macedon, dapat memujuk Alexander supaya melepaskan desakannya bahawa pemimpin-pemimpin puak anti-Macedon, khususnya Demosthenes, dibuang negeri.
  • Aristotle kembali ke Athens dari Macedon dan membuka sebuah pusat pengajian peripatetik yang dipanggilnya Lyceum. Pusat pengajian ini mengandungi sebuah muzium sejarah semula jadi, sebuah taman zoologi, serta sebuah perpustakaan.

Republik Rom

  • Marcus Valerius Corvus dipilih sebagai konsul Republik Rom buat kali keempat.
  • Cales (Calvi), sebuah kota di Campania, ditawan oleh Rom dan sebuah tanah jajahan diasaskan di sana.

Kelahiran

Kematian

  • Hicetas dari Syracuse, ahli matematik dan falsafah Yunani (lahir k.k. 400 SM)
  • Eubulus, negarawan Athens (lahir k.k. 405 SM)