Anagram

Anagram adalah salah satu jenis permainan kata, iaitu huruf-huruf dalam perkataan diubah untuk membentuk perkataan lain atau sepotong ayat. Contoh mudah adalah selam menjadi lemas, pedas menjadi sedap dan rampok menjadi rompak. Anagram sering digunakan sebagai kod.

Permainan yang menggunakan anagram antara lain ialah Sahibba, Scrabble dan Boggle. Dalam ketiga-tiga permainan ini, pemain perlu membentuk perkataan dari huruf yang disediakan.

Contoh ketara

  • Dalam buku karangan Dan Brown, Da Vinci Code, anagram dipakai untuk menyampaikan pesanan kematian.
  • Dalam siri Harry Potter pula, Voldemort menggunakan anagram daripada nama asalnya menjadi gelarannya.
  • Dua bandar utama di Jepun, Tokyo dan Kyoto merupakan anagram sesama sendiri.

Pautan luar

  • (Inggeris) Anagram Generator
  • (Inggeris) Anagram Server
  • (Inggeris) Anagram Solver Diarkibkan 2018-04-24 di Wayback Machine