Bunga lawang

Bunga lawang
Bunga lawang (Illicium verum)
Pengelasan saintifik
Alam:
Plantae
Divisi:
Magnoliophyta
Kelas:
Magnoliopsida
Order:
Austrobaileyales
Keluarga:
Illiciaceae
Genus:
Illicium
Spesies:
I. verum
Nama binomial
Illicium verum
Hook.f.

Bunga lawang (bahasa Inggeris: star anise) ialah sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Ia dikatakan berasal dari Indochina dan Jepun. Selain digunakan dalam masakan Melayu, ia juga boleh ditemui dalam masakan Timur Tengah dan India.

Penamaan

Waruno Mahdi, ahli bahasa Indonesia, berpendapat bahawa perkataan lawang pada asalnya merujuk kepada rempah cengkih dalam suatu bahasa dituturkan di Kepulauan Maluku turunan akar Melayu-Polinesia Barat *laBaŋ yang bermaksud "paku". Malah, bunga lawang juga ada pernah diberi makna rempah yang kini lebih dikenali dengan nama "bunga/kembang pala".[1]:193-195, 188

Keterangan

Masyarakat Cina menamai rempah ini sebagai bat gok atau ba jiao (八角) yang bererti "segi lapan" atau "oktagon", bersesuaian dengan bentuk bunga lawang yang mempunyai lapan kelopak. Bunga lawang mempunyai bau wangi dan kuat. Ia mula diperkenalkan di Eropah pada awal kurun ke-17 dan ia mula menjadi popular semenjak itu.

Minyak yang terhasil dari proses ekstrak wap dijadikan bahan perasa dalam minuman. Bunga lawang sebenarnya bukannya bunga sebaliknya adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok kecil. Tinggi pokoknya boleh mencapai hingga 8 meter. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning. Ia membiak melalui biji benih. Buahnya dipetik sebelum ranum dan dikeringkan menggunakan cahaya matahari.

Kegunaan

Sebalang bunga lawang kering

Bunga lawang dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama seperti kulit kayu manis dan bunga cengkih. Bagi masyarakat Melayu, bunga lawang digunakan untuk menumis, menambah aroma masakan seperti nasi minyak, sup berempah, beriani, masakan lauk-pauk berempah seperti daging, makanan laut dan ayam. Ia juga menambah aroma seperti dalam masakan acar. Ia merupakan antara empat rempah utama dalam masakan orang Melayu iaitu "rempah empat beradik".[2]

Untuk kegunaan perubatan pula di Asia ia digunakan untuk mengubati kolik (angin) dan rheumatik (sakit sendi). Ia juga biasa dijadikan perasa untuk pelbagai jenis teh. Teh dari bunga lawang juga boleh dijadikan ubat batuk. Minyaknya juga boleh mengurangkan gejala muntah dan loya bagi ibu mengandung.

Rujukan

  1. ^ Waruno Mahdi (Jun 1994). "Some Austronesian Maverick Protoforms with Culture-Historical Implications I". Oceanic Linguistics. University of Hawai'i Press. 33 (1): 167–229. doi:10.2307/3623005.
  2. ^ Nazlina Hussin (23 April 2012). "Malay Spices". Pickle and Spices World. Dicapai pada 23 Jun 2022. Unknown parameter |orig_title= ignored (bantuan)

Pautan luar

  • ITIS 505892
  • l
  • b
  • s
Ikon tunas

Rencana mengenai tumbuhan ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s