Daerah Pantu

Pantu
Daerah Kecil Sarawak
Bendera Pantu
Bendera
Mohor rasmi Pantu
Mohor
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Sri Aman
DaerahSri Aman
Daerah KecilPantu
Pentadbiran
 • PentadbiranMajlis Daerah Sri Aman
Pejabat Daerah Kecil Pantu
 • DUNN.30 Balai Ringin
 • Wakil RakyatYB. Encik Snowdan Ladan
Keluasan
 • Jumlah492.1 km2 (190.0 batu persegi)
Penduduk
 (2010[1])
 • Jumlah10,446
 • Kepadatan21/km2 (55/batu persegi)
Poskod
95000
Awalan Kod Panggilan Antarabangsa+6083 (Talian tetap)
Laman sesawangPortal Rasmi Pentadbiran Bahagian Sri Aman [1]

Pantu merupakan sebuah daerah kecil yang terletak di bahagian Sri Aman, Sarawak. Ia terletak 65 km dari bandar Sri Aman, 139 km dari Bandaraya Kuching dan 80 km dari Serian. Daerah kecil ini terkenal dengan ikan tapah, buah durian dan udang galah.

Kawasan Pantu meliputi tiga buah pekan kecil iaitu Pantu, Sungai Tenggang dan Krangas, dan kawasan Jaong, Lachau dan Ran. Terdapat sekitar 107 buah rumah panjang dan beberapa buah kampung di sini.

Etimologi

Nama Pantu dikatakan berasal daripada sejenis rumbia atau nipah tempatan bernama "pantu", yang tumbuh dengan banyaknya di daerah kecil ini.[2][3] Pokok pantu mempunyai duri dan umbut yang boleh dimakan.

Nama saintifik pokok pantu ialah Eugeissona insignis.[4][5]

Sejarah

Daerah kecil ini merupakan kawasan perlombongan. Aktiviti tersebut masih diteruskan ketika era penjajahan Jepun.[2]

Demografi

Sebahagian besar penduduk di sini merupakan kaum Iban. Kaum Iban Balau tinggal di daerah kecil ini. Jadual ini menunjukkan jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik di Daerah Kecil Engkilili, Malaysia, 2010.[1]

Bil. Etnik Jumlah Peratusan (%)
1 Iban 8,958 85.76
2 Cina 812 7.77
3 Bukan Warganegara 283 2.71
4 Melayu 199 1.91
5 Bumiputera Lain 74 0.71
6 Bidayuh 57 0.55
7 Lain-Lain 36 0.34
8 Melanau 18 0.17
9 India 9 0.09
JUMLAH 10,446 100

Pentadbiran

Daerah kecil ini ditadbir oleh Pejabat Daerah Kecil Pantu di bawah seliaan Majlis Daerah Sri Aman (MDSA).

Sebelum diserahkan kepada Pejabat Daerah Kecil Pantu pada 1974, pentadbiran daerah ini dikendalikan oleh Pejabat Daerah Kecil Lingga.[2] Pejabat Daerah Kecil Pantu berpindah ke bangunan baru pada tahun 2002. Pada masa kini, Pejabat Daerah Kecil Pantu diterajui oleh Pegawai Tadbir Sarawak Pantu, En Mohammad Firdaus bin Jamil.

Ekonomi

Pertanian

Pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama daerah kecil ini. Antara tanaman yang diusahakan ialah lada, kelapa sawit, padi, dan buah-buahan seperti rambutan dan nangka madu. Contoh projek pertanian yang dijalankan adalah seperti Projek Tanaman Buah-Buahan di Rapak dan Projek Pembangunan Tanah (Kelapa Sawit) SALCRA dan Syarikat Swasta di Jaong.[6]

Penternakan

Antara haiwan yang diternak di sini ialah ayam dan ikan. Terdapat juga projek penternakan yang dijalankan di sini seperti Projek Ternakan Ayam Telur Persatuan Peladang Kawasan (PPK) Pantu 2001 dan Projek Ternakan Ikan Rh. Randi di Lachau.[6]

Perlombongan

Industri perlombongan turut dijalankan di sini contohnya lombong arang batu di Selantik.[6]

Kemudahan Awam Lain

Mahkamah Undang-Undang dan Penguatkuasaan Undang-Undang

  • Balai Polis Pantu
  • Pondok Polis Krangas Gayau
  • Pondok Polis Sg. Tenggang

Penjagaan Kesihatan

  • Klinik Kesihatan Pantu

Pendidikan

Tiada kampus Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau swasta (IPTS) di Pantu setakat ini. Namun begitu, terdapat tujuh buah sekolah rendah dan sebuah tadika di sini.[6] Antaranya ialah:

Tarikan

Pantu terkenal dengan Pesta Pantu atau Pesta Ikan Tapah yang diadakan setiap tahun.

Rujukan

  1. ^ a b Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010
  2. ^ a b c Sarawakiana (29 April 2014). "Mengenali Daerah Kecil Pantu". Dicapai pada 29 September 2016.[pautan mati kekal]
  3. ^ Borneopost (19 Mei 2015). "Bazaar comes alive with Pantu Festival 2015". Dicapai pada 29 September 2016.
  4. ^ Melania Tesio (16 Mac 2014). "Palm Hearts: Overlooked Healthy Vegetables". Dicapai pada 30 September 2016.
  5. ^ Palmpedia. "Eugeissona insignis". Dicapai pada 30 September 2016.
  6. ^ a b c d Portal Rasmi Bahagian Sri Aman. "PEJABAT DAERAH KECIL PANTU". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-02. Dicapai pada 29 September 2016.
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Kuching
Sejarah
Bahagian
pentadbiran
Bahagian
Bandar raya
Daerah
Daerah kecil
Bahagian
perundangan
P - Parlimen
N - Negeri
  • l
  • b
  • s
   

P192 Mas Gading
N01 Opar
N02 Tasik Biru

P193 Santubong
N03 Tanjong Datu
N04 Pantai Damai
N05 Demak Laut

P194 Petra Jaya
N06 Tupong
N07 Samariang
N08 Satok

P195 Bandar Kuching
N09 Padungan
N10 Pending
N11 Batu Lintang

P196 Stampin
N12 Kota Sentosa
N13 Batu Kitang
N14 Batu Kawah

P197 Kota Samarahan
N15 Asajaya
N16 Muara Tuang
N17 Stakan

P198 Puncak Borneo
N18 Serembu
N19 Mambong
N20 Tarat

P199 Serian
N21 Tebedu
N22 Kedup
N23 Bukit Semuja

P200 Batang Sadong
N24 Sadong Jaya
N25 Simunjan
N26 Gedong

P201 Batang Lupar
N27 Sebuyau
N28 Lingga
N29 Beting Maro

P202 Sri Aman
N30 Balai Ringin
N31 Bukit Begunan
N32 Simanggang

P203 Lubok Antu
N33 Engkilili
N34 Batang Ai

P204 Betong
N35 Saribas
N36 Layar
N37 Bukit Saban

P205 Saratok
N38 Kalaka
N39 Krian
N40 Kabong

P206 Tanjong Manis
N41 Kuala Rajang
N42 Semop

P207 Igan
N43 Daro
N44 Jemoreng

P208 Sarikei
N45 Repok
N46 Meradong

P209 Julau
N47 Pakan
N48 Meluan

P210 Kanowit
N49 Ngemah
N50 Machan

P211 Lanang
N51 Bukit Assek
N52 Dudong

P212 Sibu
N53 Bawang Assan
N54 Pelawan
N55 Nangka

P213 Mukah
N56 Dalat
N57 Tellian
N58 Balingian

P214 Selangau
N59 Tamin
N60 Kakus

P215 Kapit
N61 Pelagus
N62 Katibas
N63 Bukit Goram

P216 Hulu Rajang
N64 Baleh
N65 Belaga
N66 Murum

P217 Bintulu
N67 Jepak
N68 Tanjong Batu
N69 Kemena
N70 Samalaju

P218 Sibuti
N71 Bekenu
N72 Lambir

P219 Miri
N73 Piasau
N74 Pujut
N75 Senadin

P220 Baram
N76 Marudi
N77 Telang Usan
N78 Mulu

P221 Limbang
N79 Bukit Kota
N80 Batu Danau

P222 Lawas
N81 Ba'kelalan
N82 Bukit Sari

DUN
Pihak Berkuasa
Tempatan
Dewan Bandaraya
Majlis Perbandaran
Majlis Perbandaran Padawan Majlis Perbandaran Sibu Majlis Perbandaran Kota Samarahan • Lembaga Kemajuan Bintulu
Majlis Daerah
Majlis Daerah Bau Majlis Daerah Betong Majlis Daerah Dalat dan Mukah • Majlis Daerah Kanowit • Majlis Daerah Kapit • Majlis Daerah Lawas • Majlis Daerah Limbang • Majlis Daerah Luar Bandar Sibu Majlis Daerah Lubok Antu • Majlis Daerah Lundu • Majlis Daerah Maradong dan Julau • Majlis Daerah Marudi • Majlis Daerah Matu dan Daro • Majlis Daerah Saratok • Majlis Daerah Sarikei Majlis Daerah Serian • Majlis Daerah Simunjan • Majlis Daerah Sri Aman Majlis Daerah Subis •


Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Ikon tunas

Rencana berkaitan Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s