Hari Putih

Hari Putih
Kek Hari Putih
Nama rasmiホワイトデー, 화이트데이
Diraikan oleh/di
Jepun, Taiwan, Korea Selatan, Hong Kong, Macau, Vietnam,[1]Singapura, Thailand, Myanmar, Cambodia, Malaysia dan China
Warna liturgi
Putih
TarikhMac 14
KekerapanTahun
Berkaitan dengan
Hari Valentine
Hari Putih
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Tradisional白色情人節code: zh is deprecated
Tulisan Cina Ringkas白色情人节code: zh is deprecated
Transkripsi
Bahasa Mandarin Baku
Hanyu PinyinBáisè qíngrén jié
Burmese name
Burmeseအဖြူနေ့
Vietnamese name
VietnameseValentine Trắng[perlu rujukan]code: vi is deprecated
Korean name
Hangul화이트데이code: ko is deprecated
Transkripsi
Revised RomanizationHwaiteu dei
Japanese name
Katakanaホワイトデーcode: ja is deprecated
Transkripsi
RomanizationHowaito Dē

Hari Putih (Korea: 화이트데이code: ko is deprecated hwaiteudei, Jepun: ホワイトデーcode: ja is deprecated Howaito Dē) merupakan suatu hari yang diraikan di negara Jepun dan Korea Selatan pada 14 Mac setiap tahun iaitu sebulan selepas Hari Valentine. Perayaan ini dikatakan berasal dari Jepun dan ia bukanlah tradisi dari negara Barat.

Sambutan

Jepun

Di Jepun, kebiasaanya pada Hari Valentine, kaum wanita akan memberi hadiah coklat (sama ada buatan tangan atau beli di kedai) kepada kaum lelaki sebagai suatu ungkapan cinta dan kasih sayang. Coklat buatan tangan itu lebih disukai oleh si penerima kerana ia tanda bahawa si lelaki itu menerima "satu-satunya" wanitanya. Pada Hari Putih sebaliknya berlaku apabila si lelaki yang menerima coklat itu sama ada honmei-choco (本命チョコ?, "coklat cinta") atau giri-choco (義理チョコ?, "coklat ihsan") ketika Hari Valentine perlu membalas hadiah tersebut yang kebiasaanya lebih mahal dari pemberian si wanita. Secara tradisionalnya, hadiah yang diberikan ketika hari tersebut ialah biskut, barang kemas, coklat putih, pakaian dalam berwarna putih dan marshmallow.[2] Kadangkala, istilah sanbai gaeshi (三倍返し?, secara harfiahnya, "tiga kali ganda pulangan") digunakan untuk menggambarkan bahawa hadiah pulangan tersebut hendaklah dua hingga tiga kali ganda lebih mahal daripada hadiah pemberian pada Hari Valentine.[3]

Korea Selatan

Hari Putih juga diamalkan di negara ini. Di sana, si lelaki yang telah menerima hadiah coklat daripada si wanita pada Hari Valentine hendaklah membalas hadiah itu, kebiasaanya ialah gula-gula bukan coklat. Pada hari ke-14 bulan seterusnya iaitu Hari Hitam, ia diamalkan oleh seseorang yang masih belum berpacaran.[4]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Valentine's Day Part II: Filipinos and White Day | Philippine Canadian Inquirer" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-09-25. but it is directly related to Valentine’s Day, that originated in Japan and is practiced in its neighboring countries such as China and some of its territories, Taiwan, South Korea, and Vietnam.
  2. ^ http://www.japan-101.com/culture/valentines_day.htm
  3. ^ White Day - Japanese Culture Iroha Dictionary (in Japanese)
  4. ^ "White Day in Korea: Valentine's day, part two". The Daily Kimchi blog.
  • l
  • b
  • s