Hatimu Sedingin Salju

  • Drama
  • Cinta
  • Konflik
  • Keluarga
Ditulis oleh
  • Shida Zali
  • Mia Marziah Manaf
  • Ema Shamsuri
  • Azril Mamzah
PengarahBahri Uma Bajuri
Dibintangi oleh
  • Hisyam Hamid
  • Aprena Manrose
  • Hafeez Mikail
  • Fadlan Hazim
  • Bella Dowanna
Lagu pembukaanAndaikan oleh Sarah SuhairiLagu penutupAndaikan oleh Sarah SuhairiNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod28PenerbitanPenerbit eksekutifSadupal Singh
Vareen KaurPenerbitDato Sri Jaspal S. KorotanaLokasiMalaysiaTempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
OrangTree ProductionPenyiaranSaluran asalTV3Format gambar
  • 480i (SDTV)
  • 1080i (HDTV)
Format audioDolby DigitalSiaran asal24 Jun 2021 – 2 Ogos 2021KronologiMengikutiMasih Ada RinduDiikuti olehShah Alam 40000

Hatimu Sedingin Salju ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Bahri Uma Bajuri, dibintangi oleh Hisyam Hamid, Aprena Manrose dan Hafeez Mikail. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 bermula 24 Jun 2021 menggantikan Masih Ada Rindu.[1][2]

Sinopsis

Mengisahkan tentang Arman (Hisyam Hamid) sanggup korbankan cintanya terhadap Rania (Aprena Manrose) selepas mengetahui rakan baiknya, Haikal (Fadlan Hazim) menaruh harapan kepada wanita itu. Sejak daripada itu, Arman hanya mampu memendamkan perasaannya sehingga pada satu tahap dia sudah berputus asa untuk bercinta lebih-lebih lagi apabila mengetahui Rania dan Haikal sudah bertunang.

Arman kemudian mula menyibukkan dirinya dengan mengurus syarikat yang diwarisi daripada bapanya, Datuk Jamal. Hal ini membuatkan Datuk Jamal (Mustafa Kamal) dan isterinya, Datin Mimi (Maria Farida) bimbang dengan kehidupan peribadi anak lelaki mereka itu yang sudah mencecah usia 33 tahun tapi masih belum fikirkan soal cinta kerana sibuk bekerja.

Pada suatu hari, Datin Mimi, Datuk Jamal dan adik Arman iaitu Nabil (Hafeez Mikail) mulakan ‘plan’ untuk mempertemukan Arman dengan bakal isterinya. Untuk menyempurnakan rancangan tersebut, Nabil telah memujuk Arman menemaninya bercuti ke sebuah resort di Langkawi. Di sana, Arman tidak sangka dia akan bertemu semula dengan Rania iaitu wanita yang pernah dicintainya pada suatu ketika dahulu.

Arman dan Rania mula rapat dan siapa sangka, dalam diam sebenarnya Nabil telah menaruh hati kepada Rania. Sejak itu, hubungan Arman dan Nabil mula dingin. Malah pelbagai dugaan dan rintangan yang datang dalam kehidupan Arman, Nabil dan Rania.

Adakah Arman akan korbankan cintanya sekali lagi ataupun Nabil yang akan beralah? Siapakah yang berjaya memiliki hati Rania? Mampukah mereka hidup dalam satu keluarga yang aman dan harmoni?

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon undangan / Pelakon pembantu

Penerbitan

Penggambaran drama ini dijalankan dalam tempoh tiga bulan pada 2020. Menurut pengarah Bahri Uma, penggambaran Hatimu Sedingin Salju mengambil masa yang panjang untuk disiapkan kerana sering tergendala beberapa kali berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).[3]

Rujukan

  1. ^ "Drama Hatimu Sedingin Salju". MyInfoTaip.com. Dicapai pada 23 Jun 2021.
  2. ^ Noraniza Azmi (24 Jun 2021). "Saksikan Drama Hatimu Sedingin Salju Mulai 7 Malam Ini". Harian Metro. Dicapai pada 24 Jun 2021.
  3. ^ Aqmar Mustaza (25 Jun 2021). "Pandemik jadi cabaran penggambaran Hatimu Sedingin Salju". Sinar Harian. Dicapai pada 1 Ogos 2021.

Pautan luar

  • Hatimu Sedingin Salju di iQIYI
  • l
  • b
  • s
Siri drama TV3
1980-an
1990-an
2000-an
2010-an
2020-an
1Slot yang ditamatkan.