Howitzer M109

M109 Howitzer
Meriam katak gerak sendiri, M109 milik Pasukan Pertahanan Israel
JenisArtileri gerak sendiri
Tempat asal Amerika Syarikat
Spesifikasi
Berat27.5 tan
Panjang30 kaki (9.1 m)
Lebar10.3 kaki (3.1 m)
Tinggi10.7 kaki (3.3 m)
Krew8 (Komander, Pemandu, 6 x jurumeriam)

Shelseparate loading, bagged charge
Kaliber155 mm
Breechinterrupted screw
Rentas360°
Kadar tembakan4 butir/min maksimum, 1 butir/min sustained
Jarak tembakan efektif18,000 m - 30,000 m (menggunakan projektil dorongan roket)

Senjata
pertama
Howitzer M126 155 mm
Senjata
kedua
Mesingan M2 berkaliber .50 (12.7 mm)
Enjindiesel
450 hp
Kuasa/berat18.7 hp/t
Sistem ampaianbar kilasan
Jarak
operasi
216 batu (350 km)
Kelajuan35 mph (56 km/j)

M109 adalah sebuah howitzer 150mm gerak sendiri yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat yang pertama kali diperkenalkan pada awal tahun 1960-an. Ia telah beberapa kali melalui proses tingkat upaya, yang mana pada hari ini versi terkininya adalah M109A6 Paladin. Keluarga M109 adalah merupakan senjata sokongan tembakan tidak langsung yang biasa digunakan oleh divisyen infantri mekanis di negara-negara Barat.

M109 memerlukan enam orang krew: iaitu komander, pemandu, jurumeriam dan pembantunya serta dua orang pengendali peluru. Versi terkini M109 iaitu M109A6 Paladin pula hanya memerlukan seorang jurumeriam dan dua orang pengendali peluru.

Tentera Darat Britain telah mengantikan M109nya dengan AS-90. Beberapa angkatan tentera negara Eropah juga telah atau sedang dalam proses mengantikan M109 yang telah usang dengan PzH2000 buatan Jerman, yang mana mengatasi keupayaan M109 di dalam banyak aspek. Program tingkat upaya M109 telah diperkenalkan oleh Amerika Syarikat dan Switzerland (KAWEST). Dengan pembatalan program Crusader, Paladin dijangka akan kekal menjadi howitzer gerak sendiri utama di dalam angkatan tentera Amerika Syarikat buat masa terdekat.

Pengguna

M109A1

  •  Denmark - 76 (dipertingkatkan ke A3DK)
  •  Habsyah - 17
  •  Yunani - 51 A1B
  •  Kuwait - 5 A1B
  •  Libya - 18 A0
  •  Oman - 15 A0
  •  Peru - 12
  •  Arab Saudi - 28
  •  Tunisia - 11
  •  Iran - 390
  •  Lubnan -[?] khabar angin mengatakan terdapat beberapa unit di dalam simpanan[perlu rujukan]

M109A2/A3

  •  Belgium - 127 A2 (64 darinya ditingkat upaya kepada A4BE; kini kesemuanya dilucut tauliah) dan 40 A3 (dijual kepada Brazil)
  •  Jerman - 570 A3GE A1/A2 (dihentikan pada 1 Julai 2007, digantikan dengan PzH 2000
  •  Yunani - 84 A2, 50 A3GEA1, 196 A3GEA2 (tambahan 56 A3GEA2 akan digunakan bagi meningkatkan 50 A3GEA1 ke tahap A3GEA2)[1]
  • Mesir - 279 A2
  • Korea Selatan - 1,040 (K55)
  •  Maghribi - 84
  • Norway - 56 A3G (14 ditingkatkan kepada A3GN, dan kemudian 9 darinya ditingkat kepada A3GNM bagi menyesuaikan dengan cuaca musim sejuk)
  • Pakistan - 150 A2
  •  Portugal
  •  Belanda - 126 A2/90 dihentikan penggunaan, kebanyakan digantikan dengan PzH 2000.[2]
  • Brazil - 40 A3 (bekas Belgium) Tentera Darat Brazil
  •  Republik China (Taiwan) - 225

M109A2/A5

M109A4

  •  Belgium - 64 A4BE
  •  Kanada - 76 A4B+ [3] Dikeluarkan daripada Angkatan Tentera Kanada sejak 2005, setelah digunakan sejak 1967 sehingga 2005. Kesemua kenderaan dimodenkan kepada standard M109A4B+ pada tahun 1980-an. Unit ini banyak digunakan oleh Kumpulan Briged Mekanis Kanada 4 di Jerman. [4]
Sebuah M109A5 milik Sepanyol.

M109A5

M109A6 Paladin

M109 KAWEST

  •   Switzerland
  • Chile - 48 (bekas milik Switzerland, ditingkat upaya oleh RUAG.)

Nota

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-12. Dicapai pada 2009-12-17.
  2. ^ Being phased out in 2007-2008 in favor of the PzH 2000 NL: "Koninklijke Landmacht - "M109" (combat support material)" (dalam bahasa Dutch). Dicapai pada 2006-08-24.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-07. Dicapai pada 2009-12-17.
  4. ^ http://books.google.ca/books?id=Hv7DB_R0KtQC&pg=PA48&lpg=PA48&dq=M109A3B+SPH&source=bl&ots=jOcPTRypDE&sig=y54sCWkTBJm8aJHTSkj8JYOJ6CY&hl=fr&ei=8IE6SvjvBNOFmQewk6DsBA&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=1

Lihat juga

  • M107 (projektil)
  • Senarai artileri
  • Senarai senjata yang memerlukan krew dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat

Pautan luar

  • M109A6/M992A2 Sample Data Collection
  • Gary's Combat Vehicle Reference Guide
  • Fas.org
  • Globalsecurity.org
  • Israeli-weapons.com
  • ruag.com Diarkibkan 2007-10-31 di Wayback Machine
  • Photos of M109 shooting Diarkibkan 2004-12-24 di Library of Congress Web Archives.
  • Danish M109 A3 Diarkibkan 2010-12-18 di Wayback Machine