Hyundai Samho Heavy Industries

Hyundai Samho Heavy Industries
Jenis/bentuk sahAwam (Hangul: 현대삼호중공업, Hanja: 現代三湖重工)
Ditubuhkan1998
Ibu pejabatSamhoeup, Yeongam, Jeolla Selatan, Korea Selatan
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh pentingKim Hyun-kwan (Presiden & CEO)
KeluaranKapal, Sistem Pengendalian Kren & Derek, Instrumen & Pelantar Laut
Jumlah asetKRW 200 bilion
Bilangan kakitangan11.000 (2011)
Syarikat indukHyundai Heavy Industries Group
Tapak webhttp://www.hshi.co.kr/
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Hyundai Samho Heavy Industries
Hangul(주)현대삼호중공업code: ko is deprecated
Hanja(株)現代三湖重工業code: ko is deprecated
Perumian SemakanHyeondae Samho Junggongeop
McCune–ReischauerHyŏndae Samho Chunggongŏp

Hyundai Samho Heavy Industries Co., Ltd. (disingkat HSHI, Hangul : 현대삼호중공업/Hyundai Samho Junggongup/, Hanja : 現代三湖重工業) ialah pembuat kapal terbesar keempat di dunia, yang menghasilkan sekitar 40 kapal setiap tahun. Dok kapal milik syarikat ini terletak di Samho-eup, Yeongam, Korea Selatan.

Sejarah

Syarikat ini ditubuhkan sebagai 'Incheon Shipbuliding (인천조선)' pada tahun 1977 sebagai anak syarikat milik Halla Group (한라그룹). Pengasas Halla Group ialah Chung In-Young, adik Chung Ju-Yung, pengasas Hyundai Group. Dok kapal pertama milik syarikat ini dibangunkan di Incheon, Korea Selatan. Pada tahun 1990, syarikat ini bertukar nama kepada 'Halla Heavy Industries'(한라중공업) dan memindahkan doknya dari Incheon ke Samhoup, yang terletak di Yeongam, Wilayah Jeolla Selatan. Dok baru di Samhoup memiliki luas 3.300.000 meter persegi.

Pada tahun 1997, sepanjang krisis kewangan Asia, syarikat induk Halla Group, yang ketika itu menempati peringkat ke-12 dari segi ekuiti, jatuh bankrap, sehingga anak syarikat juga merosot. Halla Heavy Industries lalu mengajukan perlindungan kebankrapan. Pemerintah Korea kemudian memutuskan untuk menyerahkan pengurusan syarikat ini kepada Hyundai Heavy Industries selama 5 tahun.[1] Syarikat ini juga akan dijual kepada Hyundai Heavy Industries, jika mereka dapat memulihkan keadaan kewangan syarikat.

Pada tahun 1998, RH Heavy Industries (Rothschild Halla Heavy Industries), sebuah syarikat sementara yang mewarisi aset dan hutang Halla Heavy Industries ditubuhkan. Pada tahun 1999, RH Heavy Industries diubah namanya menjadi 'Samho Heavy Industries', dan pada tahun 2003, namanya kembali diubah menjadi 'Hyundai Samho Heavy Industries' setelah dibeli oleh Hyundai Heavy Industries pada tahun 2002. Pada masa ini, Hyundai Heavy Industries memiliki 94, 92 % saham syarikat ini.

Syarikat ini ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1998, kerana pada tahun itu, syarikat itu ditubuhkan semula dengan nama RH Heavy Industries, ketika Rothschild membeli syarikat tersebut untuk sementara waktu.

Rujukan

  1. ^ "80일간 파업 끝낸 한라중공업 현대重 위탁경영으로 재기발판". 매일경제. 1999-10-28. Dicapai pada 2012-03-08.

Pautan luar

  • Official English website[pautan mati kekal]
  • Official Korean website
  • l
  • b
  • s
Hyundai Group
  • Hyundai Asan
  • Hyundai Elevator
  • Hyundai Investment Network
  • Hyundai Research Institute
  • Hyundai Movex
Hyundai Motor Group
Hyundai Heavy Industries
Group
  • Hyundai Heavy Industries
  • Hyundai Heavy Holdings
  • Hyundai Robotics
  • Hyundai Mipo Dockyard
  • Hyundai Oilbank
  • Hyundai Samho Heavy Industries
  • Hyundai School Corporation
Hyundai Department Store
Group
  • Hyundai Department Store
  • Hyundai Dream Tour
  • Hyundai Ethics
  • Hyundai Food Systems
  • Hyundai Guhami
  • Hyundai Home Shopping
  • Hyundai Nanumi
  • Hyundai Business Holdings
  • Hyundai C&N Holdings
  • Hyundai Exchange Holdings
  • Hyundai F&G Holdings
  • Hyundai H&S Holdings
HDC Group
  • HDC Hyundai Development Company
  • HDC Hyundai EP
  • HDC Young Chang
Hyundai Marine & Fire
Insurance Group
  • Hyundai Marine & Fire Insurance
  • Hyundai C&R
  • Hyundai HDS
  • Hyundai Investment America
  • Hyundai Investment Asset Management
  • Hyundai U.K. Underwriting
Pasukan sukan
  • Busan IPark
  • Cheonan Hyundai Capital Skywalkers
  • Hyundai Motorsport
  • Hyundai Unicorns
  • Incheon Hyundai Steel Red Angels
  • Jeonbuk Hyundai Motors
  • Kia Tigers
  • Suwon Hyundai E&C Hillstate
  • Ulsan Hyundai FC
  • Ulsan Hyundai Mipo Dolphin
  • Ulsan Hyundai Mobis Phoebus
  • Kategori Kategori
  • Laman Commons Commons
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata