Kawah Clavius

Kawah Clavius
Kawah Clavius pada permukaan Bulan. Gambar NASA.
Koordinat58°24′S 14°24′W / 58.4°S 14.4°W / -58.4; -14.4Koordinat: 58°24′S 14°24′W / 58.4°S 14.4°W / -58.4; -14.4
Diameter225 km
Kedalaman3.5 km
Colongitude15° pada fajar
EponimChristoph Klau


Clavius ialah kawah qamari yang terbesar di Bulan, dengan garis pusat 230 kilometer dan sedalam 3.6 kilometer. Clavius dipercayai terhasil akibat hentaman komet atau asteroid pada permukaan Bulan. Ketiadaan air dan udara di Bulan menyebabkan kawah yang terbentuk kekal berjuta-juta tahun lamanya berbanding dengan kawah yang terdapat di Bumi.

Pemerian

Oleh sebab lokasinya di anggota selatan Bulan, kawah ini kelihatan empat persegi bujur akibat pengompotan (foreshortening). Clavius dapat dilihat dengan mata kasar disebabkan saiznya yang besar. Ia kelihatan sebagai sebuah takuk pada penamat lebih kurang 1–2 hari selepas Bulan mencapai suku pertamanya. Kawah ini satu daripada pembentukan tertua di permukaan qamari dan berkemungkinan besar ia terbentuk pada zaman Nectarian iaitu lebih kurang 4 bilion tahun dahulu. Namun demikian, kawah ini terpelihara. Ia memiliki dinding luar yang relatif rendah berbanding saiznya dan ia ditandai dengan kawah-kawah kecil. Sembirnya tidak melewati permukaan sekelilingnya dan ini membuat kawah ini sebuah "lekukan berdinding". Permukaan dalaman sembir bertakuk dan berbukit dan berbeza-beza lebarnya. Bahagian yang paling cerun terdapat di bahagian selatan. Pada keseluruhannya, sembir memiliki garis bentuk poligon.

Kawah satelit

Mengikut resam, Mengikut resam ciri-ciri ini dikenali pada peta bulan dengan meletakkan huruf pada sisi pusat kawah yang paling terdekat dengan Clavius.


Clavius Latitud Longitud Diameter
C 57.7° S 14.2° B 21 km
D 58.8° S 12.4° B 28 km
E 51.5° S 12.6° B 16 km
F 55.4° S 21.9° B 7 km
G 52.0° S 13.9° B 17 km
H 51.9° S 15.8° B 34 km
J 58.1° S 18.1° B 12 km
K 60.4° S 19.8° B 20 km
L 58.7° S 21.2° B 24 km
M 54.8° S 11.9° B 44 km
N 57.5° S 16.5° B 13 km
O 56.8° S 16.4° B 4 km
P 57.0° S 7.7° B 10 km
R 53.1° S 15.4° B 7 km
T 60.4° S 14.9° B 9 km
W 55.8° S 16.0° B 6 km
X 60.0° S 17.6° B 7 km
Y 57.8° S 16.0° B 7 km

Lihat juga

  • Clavius Base, lokasi fasiliti pentadbiran qamari dalam filem 2001: A Space Odyssey.

Rujukan

  • Wood, Chuck (2007-08-06). "Smooth Stuff". Lunar Photo of the Day. Dicapai pada 2007-08-06.
  • Andersson, L. E.; Whitaker, E. A. (1982). NASA Catalogue of Lunar Nomenclature. NASA RP-1097.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Blue, Jennifer (July 25, 2007). "Gazetteer of Planetary Nomenclature". USGS. Dicapai pada 2007-08-05.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Bussey, B.; Spudis, P. (2004). The Clementine Atlas of the Moon. New York: Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-81528-4.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Cocks, Elijah E.; Cocks, Josiah C. (1995). Who's Who on the Moon: A Biographical Dictionary of Lunar Nomenclature. Tudor Publishers. ISBN 978-0-936389-27-1.CS1 maint: ref=harv (link)
  • McDowell, Jonathan (July 15, 2007). "Lunar Nomenclature". Jonathan's Space Report. Dicapai pada 2007-10-24.CS1 maint: ref=harv (link)
  • doi: 10.1007/BF00171763
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  • Moore, Patrick (2001). On the Moon. Sterling Publishing Co. ISBN 978-0-304-35469-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Price, Fred W. (1988). The Moon Observer's Handbook. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-33500-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Rükl, Antonín (1990). Atlas of the Moon. Kalmbach Books. ISBN 978-0-913135-17-4.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Webb, Rev. T. W. (1962). Celestial Objects for Common Telescopes (ed. 6th revision). Dover. ISBN 978-0-486-20917-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Whitaker, Ewen A. (1999). Mapping and Naming the Moon. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-62248-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Wlasuk, Peter T. (2000). Observing the Moon. Springer. ISBN 978-1-85233-193-1.CS1 maint: ref=harv (link)