Kejatuhan Edo

  • l
  • b
  • s
Perang Boshin

Toba-Fushimi – Awa – Istana kota Osaka – Kōshū-Katsunuma – Istana kota Utsunomiya – Ueno – Edo – Hokuetsu – Genting Bonari – Aizu – Noheji - Teluk Miyako – Hakodate – Teluk Hakodate –

Kejatuhan Edo (江戸開城code: ja is deprecated , Edo Kaijō) terjadi di antara bulan Mei dan Julai 1868, apabila ibukota Jepun di Edo (kini Tokyo), dikuasai oleh Keshogunan Tokugawa, jatuh ke tangan tentera yang menyokong pengembalian kuasa kepada Maharaja Meiji semesa Perang Boshin.

Pasukan tentera maharaja dipimpin oleh Saigō Takamori, yang mara ke utara dan timur Jepun, dan telah memenangi Pertempuran Kōshū-Katsunuma semasa menuju ke ibukota. Beliau akhirnya berjaya mengepung Edo pada bulan Mei 1868.[1]

Katsu Kaishu, Menteri Tentera Darat dari pasukan Shogun telah membuat rundingan penyerahan diri tanpa syarat.[2]

Pertempuran Ueno menjadi asas bagi kejatuhan sepenuhnya Edo.

Beberapa kumpulan terus menentang selepas penyerahan rasmi ini tetapi telah dikalahkan di dalam Pertempuran Ueno di timur laut Tokyo, pada 4 Julai 1868. Kota ini dikuasai sepenuhnya pada bulan Julai 1868.[2] Pada masa itu, Tokugawa Yoshinobu secara sukarela telah dikurung di dalam kuil Kan'ei-ji.

Maharaja Meiji yang berumur 16 tahun, berpindah dari Kyoto ke Tokyo, pada akhir 1868, selepas kejatuhan Edo.

Pada 3 September 1868, kota ini dinamakan semula sebagai Tokyo (lit. "ibukota timur"), dan Maharaja Meiji memindahkan ibukota beliau ke Tokyo, memilih untuk tinggal di Istana kota Edo, kini merupakan Istana Maharaja.[2]

Sebuah monumen kecil telah dibina di lokasi penyerahan yang terletak di antara Saigo Takamori dan Katsu Kaishu, di Minato-ku, Shiba 5-33-1, dua minit dari Stesen Tamachi.

Nota

  1. ^ Kornicki, Peter F. (1998). Meiji Japan, p. 96.
  2. ^ a b c Perkins, Dorothy. (1997). [ Japan Goes to War, p. 8.], m/s. 8, di Buku Google; Marius Jansen. (1995). [ The making of modern Japan, p. 342.], m/s. 342, di Buku Google

Rujukan

  • Jansen, Marius B. (2000). The Making of Modern Japan. Cambridge: Harvard University Press. 10-ISBN 0674003349/13-ISBN 9780674003347; OCLC 44090600
  • Kornicki, Peter. (1998). Meiji Japan: Political, Economic and Social History, 1868-1912. London: Routledge. 10-ISBN 0415156181/13-ISBN 9780415156189; 10-ISBN 041515619X/13-ISBN 9780415156196; 10-ISBN 0415156203/13-ISBN 9780415156202; 10-ISBN 0415156211/13-ISBN 9780415156219; 10-ISBN 041515622X/13-ISBN 9780415156226; OCLC 470242993
  • Perkins, Dorothy. (1997). Japan Goes to War: a Chronology of Japanese Military Expansion from the Meiji Era to the Attack on Pearl Harbor (1868-1941). Upland, Pennsylvania: Diane. OCLC 638765414