Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa

International Telecommunication Union
Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa
Lambang ITU
Kerangka
KependekanITU Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahAgensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pertubuhan piawaian Sunting ini di Wikidata
Keanggotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Anggota bagiDigital Public Goods Alliance (2023) Sunting ini di Wikidata
Bahasa rasmiBahasa Perancis, Inggeris, Sepanyol, Rusia, Arab, Cina
Tapak webhttp://www.itu.int/
Facebook: ITU Twitter: ITU Instagram: ituofficial LinkedIn: international-telecommunication-union Youtube: UCQdZWRxu7uCjkCay0OCnvWw TikTok: itu Flickr: 42121221@N07 Souncloud: ituproduction Spotify: wkikxjmw745fr9wxo5dpuew34 Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Dibentuk17 Mei 1865
Pengurusan
Setiausaha agungHamadoun Touré
Ketua pegawai eksekutifHoulin Zhao Sunting ini di Wikidata
Lokasi
The ITU headquarters are located in Switzerland
Ibu pejabatGeneva, Switzerland
Koordinat46°13′22.583″N 6°8′12.394″E Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Telecommunication Unioncode: en is deprecated , ITU) merupakan badan antarabangsa yang bertugas memiawai dan mengawal atur radio dan telekomunikasi antarabangsa. Ditubuhkan sebagai Kesatuan Telegraf Antarabangsa, peranan utama ITU termasuk pemiawaian, pengagihan spektrum radio serta mewujudkan serta mengawal sambungan penggilan telefon antarabangsa. ITU merupakan agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan beribu pejabat di Geneva, Switzerland.

Bahagian

ITU dibahagikan kepada tiga sektor, iaitu:

  • Sektor Pemiawaian Telekomunikasi yang diurus setia oleh Biro Pemiawaian Telekomunikasi
  • Sektor Radiokomunikasi yang diurus setia oleh Biro Radiokomunikasi
  • Sektor Pembangunan Telekomunikasi yang diurus setia oleh Biro Pembangunan Telekomunikasi

Keseluruhan ITU ditadbir oleh Sekretariat Am, yang diketuai oleh Setiausaha Agung.

Keahlian

Ahli-ahli ITU terdiri daripada negara ahli, ahli sektor dan ahli bersekutu. ITU dianggotai oleh 191 negara ahli, serta lebih daripada 800 ahli sektor awam dan persendirian bersekutu yang terdiri daripada syarikat dan pertubuhan telekomunikasi.

Antara negara ahlinya termasuk Kota Vatikan serta semua ahli PBB kecuali Palau dan Timor Leste. Taiwan dan Pihak Berkuasa Palestin juga tidak menganggotai ITU.

Pautan luar

  • Sejarah ITU
  • l
  • b
  • s
Sistem
Penubuhan
Badan utama
Program, Dana
dan badan lain
Negara anggota
dan pemerhati
Ketetapan