Komunisme primitif

Sebahagian dari siri politik mengenai
Komunisme
Hammer-and-sickle symbol
Konsep asas
Falsafah Marx
Perjuangan kelas
Internasionalisme proletariat
Parti komunis
Ideologi
Marxisme · Leninisme
Trotskyisme
Maoisme · Juche
Komunisme kiri
Komunisme majlis · Titoisme
Castroisme
Komunisme anarkis
Komunisme agama
Komunisme Kristian
Eurokomunisme
Komunisme dunia
Komunisme tidak bernegara
Pertubuhan antarbangsa
Liga Komunis
Pertubuhan Antarabangsa Pertama
Pertubuhan Antarabangsa Kedua
Pertubuhan Antarabangsa Ketiga
Pertubuhan Antarabangsa Keempat
Orang
Karl Marx  Karl Marx
Friedrich Engels  Friedrich Engels
Rosa Luxemburg  Rosa Luxemburg
  Vladimir Lenin
Leon Trotsky  Leon Trotsky
Joseph Stalin  Joseph Stalin
  Mao Zedong
Topik-topik berkait
Anarkisme · Anti-kapitalisme
Anti-komunisme
Ekonomi sosialis
Faham demokrasi terpusat
Gerakan Sayap Kiri Baharu
Kediktatoran proletariat
Kelas Baharu ·
Kesatuan Soviet
Komunisme dan agama
Komunisme primitif
Komunisme saintifik
Kritikan komunisme
Luxemburgisme
Negara komunis
Pasca-Komunisme
Politik sayap kiri
Sejarah komunisme
Simbolisme komunis
Sosialisme · Sosialisme saintifik
Stalinisme
Portal Komunisme
  • l
  • b
  • s

Komunisme primitif ialah: [1]

Satu istilah yang biasanya dikaitkan dengan Karl Marx, tetapi diperincikan dengan amat teliti oleh Friedrich Engels (dalam The Origin of the Family (Keasalan Keluarga), 1884[2]) dan merujuk kepada hak kolektif terhadap sumber asas, egalitarianisme dalam hubungan sosial, dan ketiadaan pemerintahan atau hierarki autoritarian yang dikatakan mendahului susun lapis dan eksploitasi masyarakat dalam sejarah manusia. Kedua-dua Marx dan Engels amat dipengaruhi oleh sejarah evolusi spekulatif Lewis Henry Morgan yang memerikan 'kebebasan, kesamaan, dan persaudaraan orang kuno' serta 'komunisme dalam kehidupan' yang dikatakan nyata daripada seni bina desa [orang Iroquois ("Orang Rumah Panjang"), salah satu kaum orang asli Amerika].

Model komunisme primitif digunakan pada masyarakat awal kerana pemburu-pengumpul tidak mempunyai susun lapis dan tidak mewujudkan lebihan.[3] Tambahan lagi, masyarakat-masyarakat tersebut mungkin mempunyai semua ciri yang kini dikaitkan dengan matlamat "komunisme".

Dalam sebuah masyarakat komunisme primitif, semua orang yang tegap dan sihat akan berusaha memperoleh makanan, dengan semua orang berkongsi apa yang diperoleh daripada pemburuan dan pengumpulan. Hampir tidak terdapat sebarang harta benda persendirian, selain daripada pakaian dan barang-barang peribadi yang serupa kerana masyarakat primitif tidak menghasilkan sebarang lebihan; apa yang dihasilkan digunakan dengan serta-merta. Sebilangan barang yang lebih kekal (perkakas, perumahan, dan sebagainya) dimiliki bersama-sama.[4] Tiadanya konsep negara.

Pembelajinakan binatang dan tanaman selepas Revolusi Neolitik menerusi penggembalaan dan pertanian dilihat sebagai titik perubahan daripada komunisme primitif kepada masyarakat lapisan kerana ia diiringi oleh pemilikan persendirian dan pengabdian, bersama-sama dengan ketaksamaan yang mengiringinya. Tambahan lagi, sesetengah penduduk mengkhususkan kegiatan-kegiatan yang berbeza, misalnya perkilangan, budaya, falsafah, dan sains yang dikatakan mengakibatkan pertumbuhan lapisan masyarakat.[4]

Kumpulan-kumpulan yang menyokong pengembalian kepada masyarakat pemburu-pengumpul atau diilhami oleh masyarakat tersebut mempunyai hubungan dengan gerakan anarko-primitivisme.

Lihat juga

  • Teori sejarah Marx

Rujukan

  1. ^ Scott, John (2007). A Dictionary of Sociology. USA: Oxford University Press. ISBN 978-0198609872. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  2. ^ Engels, Friedrich (1972). The Origin of the Family, Private Property, and the State, in the Light of the Researches of Lewis H. Morgan (translation from the original German). International Publishers. ISBN 978-0717803590.
  3. ^ DeVore, Irven (1969). Man the Hunter. Aldine Transaction. ISBN 9780202330327.
  4. ^ a b "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-26. Dicapai pada 2009-09-13.