Lebuh raya dua lorong

Lebuh raya dua lorong (Autostrasse) A8 di Switzerland. Perhatikan pada had laju yang sering ditandakan berulang kali serta ketiadaan pembahagi lebuh raya.
Lebuhraya Hokkaido di Jepun dengan konfigurasi lebuh raya dua lorong tetapi dengan pembahagi lebuh raya.
Lebuhraya Sendai - Nanbu yang berubah daripada lebuh raya empat lorong ke lebuh raya dua lorong.

Lebuh raya dua lorong, juga dikenali sebagai jalan raya kereta ataupun lebuh raya separa, merujuk kepada lebuh raya yang dibina selorong sahaja bagi setiap hala berbanding dengan lebih raya penuh, tetapi menggunakan piawaian geometri bagi lebuh raya biasa. Ia boleh didapati di sesetengah negara Eropah (terutamanya di Switzerland dan Austria), Jepun serta di beberapa negara lain. Lebuh raya dua lorong dibina bagi menyediakan kemudahan lebuh raya di kawasan yang mempunyai kadar aliran trafik yang sangat rendah ataupun mempunyai masalah kekurangan tanah bagi pembinaan lebuh raya, maka lebuh raya dua lorong lazimnya boleh dinaik taraf kepada lebuh raya penuh sebaik sahaja kadar aliran trafik meningkat.

Had laju di sesebuah lebuh raya dua lorong lazimnya lebih rendah daripada had laju di lebuh raya 4 lorong biasa. Contohnya, had laju bagi autobahn di Switzerland adalah sekitar 110-130 km/j, tetapi had laju di autostrasse (lebuh raya dua lorong) pula mempunyai had laju maksimum 100 km/j. Lebuh raya dua lorong ada kalanya tiada pembahagi jalan seperti di Switzerland.

Lebuh raya dua lorong di Malaysia

Lebuh raya dua lorong bukanlah satu konsep baharu di Malaysia, memandangkan Lebuhraya Karak asalnya merupakan lebuh raya tol dua lorong sebelum dinaik taraf sebagai lebuh raya penuh pada tahun 1997.[1] Sementara konfigurasi lebuh raya kembar penuh empat lorong lebih diutamakan pada kebelakangan ini berikutan keupayaan trafik yang lebih tinggi, beberapa batang lebuh raya dua lorong masih wujud, seperti Jalan Kempas dan Jalan Pintasan Selat Klang Utara. Lebuh raya ini, walau bagaimanapun, hanya mempunyai kawalan masuk separa dengan persimpangan searas yang sering didapati sebagaimana di jalan-jalan persekutuan dan negeri. Sungguhpun demikian, lebuh raya tersebut diklasifikasikan sebagai "lebuh raya dua lorong" memandangkan lebuh raya berkenaan diselenggara oleh syarikat konsesi lebuh raya iaitu PLUS Expressways Berhad (Jalan Kempas) dan Shapadu (Jalan Pintasan Selat Klang Utara).

Lebuh raya dua lorong sebenar pertama dengan kawalan masuk penuh ialah bahagian Lebuhraya Senai-Desaru antara Cahaya Baru dan Penawar.

Lihat juga

  • Lebuh raya

Rujukan

  1. ^ "Lebuh raya dua lorong Cahaya Baru-Penawar ikut piawai LLM". Berita Harian. 2011-06-27. |access-date= requires |url= (bantuan)
  • l
  • b
  • s
  • l
  • b
  • s
Jalan raya dan persimpangan
Jenis jalan
Jalan raya utama
Jalan arteri  · Jalan pengumpul  · Lorong tempatan-ekspres  · Lebuh raya dua lorong  · Jalan 2+1  · Jalan 2+2  · Lebuh raya taman  · Jalan super two  · Jalan raya utama  · Sistem lebuh raya mengikut negara
Jalan raya tempatan
Lorong  · Persiaran  · Jalan mati  · Jalan depan  · Jalan raya  · Jalan raya tunggal  · Jalan kampung  · Jalan raya selorong
Istilah lain
Permukaan jalan
Konkrit aspal  · Batu-bata  · Batu bundar  · Konkrit  · Tanah  · Batu kerikil  · Air batu  · Makadam  · Minyak (bitumen)  · Papan  · Tarmak
Persimpangan jalan
Persimpangan bertingkat
(pengasingan aras)
Bunga cengkih  · Berlian  · Halaan T  · Berlian mencapah  · Parclo  · Air hujan  · Bulatan  · SPUI  · Bertenggek  · Berlian tiga aras  · Trompet
Persilangan
(searas)
Simpang tiga  · Simpang empat  · Petak kuning  · Bulatan
Pembahagi jalan  · Penandaan permukaan jalan raya  · Kaki lima