Maharani Michiko

Imperial Coat of Arms
Imperial Coat of Arms
Kerabat diraja Jepun

YTA Maharaja Jepun
YTA Maharani Jepun

YTM Puteri Mahkota Jepun
  • YTM Puteri Toshi
  • YTM Putera Akishino
YTM Puteri Akishino

YTM Putera Hitachi

YTM Puteri Hitachi

YTM Putera Mikasa
YTM Puteri Mikasa

  • YTM Puteri Tomohito dari Mikasa
  • YTM Puteri Akiko
  • YTM Puteri Yohko
  • YTM Putera Katsura
  • YTM Puteri Takamado
  • YTM Puteri Tsuguko
  • YTM Puteri Noriko
  • YTM Puteri Ayako
Maharani Michiko

Maharani Michiko dari Jepun, (lahir 20 Oktober, 1934) nama lahir Michiko Shōda (Jepun: 正田 美智子, Hepburn: Shōda Michiko) dan menjadi Puteri Mahkota Jepun dari (10 April, 1959 hingga 7 Januari, 1989 - 30 April 2019), merupakan isteri kepada Maharaja Jepun, HIM Maharaja Akihito. Dia ialah rakyat biasa yang pertama berkahwin dengan keluarga diraja Jepun. Menjadi puteri mahkota dan akhirnya menjadi maharani. Selepas suami baginda turun takhta pada 2019, baginda telah menerima gelaran Maharani Emerita .

Kehidupan peribadi

Maharani Michiko dilahirkan di Tokyo, anak sulung Hidesaburo Shoda, Presiden dan Pengerusi kehormat Nisshin Flour Milling Company, dan isterinya, Fumiko Soejima. Beliau telah belajar di Futaba Elementary School di Tokyo, tetapi terpaksa meninggalkan sepanjang darjah empat lantaran pengeboman Amerika sepanjang Perang Dunia Kedua. Beliau kembali ke sekolah tersebut sebaik perang tamat dan menyambung pengajian ke Sekolah Tinggi Seishin (Hati Suci) di Tokyo.

Beliau memperoleh ijazah sarjana muda sastera Inggeris daripada Fakulti Kesusasteraan di University of the Sacred Heart, Tokyo(Universiti Hati Suci) pada tahun 1957.

Penulis biografi Yukio Mishima melaporkan bahawa Maharaja Akihito sangat berharap untuk mengahwini Maharani Michiko , selepas diperkenalkan pada tahun 1950-an.

Perkahwinan dan keluarga

Duli Maha Mulia Maharaja Akihito and Duli Maha Mulia Maharani Michiko

Pasangan ini berkahwin pada 10 April 1959.

Pasangan ini dikurnia 3 cahaya mata iaitu:

  1. HIH Naruhito, Putera Mahkota Jepun, l. 23 Februari 1960;
  2. HIH Putera Akishino (Fumihito), l. 30 November 1965; dan
  3. turut menggunakan gelaran HIH (sebelum berkahwin) Puteri Nori (Sayako), l. 18 April 1969.

Pautan luar

  • Kunaicho | Their Majesties the Emperor and Empress
  • Hello! Magazine | Empress breaks her silence over Masako's illness
  • Japan 101 | Empress Michiko