Nombor opus

Nombor opus secara amnya diberikan kepada gubahan individu atau set gubahan oleh para pengggubah apabila diterbitkan, dan dengan ini memberikan urutan kronologi kasar. Dari segi sejarah, nombor opus tidak digunakan secara tekal atau konsisten dan oleh sebab itu tidak boleh digunakan untuk menentukan sususan gubahan sebenar. Namun demikian, nombor opus masih sering digunakan untuk menyusun katalog gubahan muzik dan bagi membezakan gubahan-gubahan yang mempunyai nama yang hampir sama.

Nombor opus sering digabungkan dengan nombor lain yang menunjukkan lagu individu dalam gubahan yang lebih besar. Misalnya, "Moonlight Sonata" gubahan Beethoven diberi label "Op. 27, No. 2" (opus 27, nombor 2), maksudnya lagu ini merupakan iringan pada sonata lain, yakni Op. 27 No. 1. Malangnya, klasifikasi "Moonlight Sonata" sedikit mengelirukan kerana sonata ini juga digelar Sonata No. 14, oleh sebab pada keseluruhannya, ia merupakan sonata Beethoven yang ke-14.

Karya-karya beberapa penggubah, seperti Mozart dan Bach, lazimnya dikategorikan dengan menggunakan sistem berlainan.

  • l
  • b
  • s

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.