Penyakit lembu gila

Penyakit lembu gila (BSE) (bahasa Inggeris: mad cow disease) ialah sejenis penyakit neurodegeneratif lembu yang boleh membawa maut. Penyakit ini menjangkit melalui satu mekanisme yang telah mengejutkan ahli-ahli biologi ketika penemuannya pada akhir abad ke-20. Sedangkan penyakit ini tidak pernah membunuh lembu-lembu pada skala yang sama dengan penyakit-penyakit ternakan yang lain, umpamanya penyakit kuku dan mulut atau rinderpes, penyakit lembu gila telah menyebabkan perhatian yang meluas kerana penyakit ini kelihatan mungkin boleh menjangkiti manusia; penyakit ini dipercayai mengakibatkan kelainan penyakit Creutzfeldt-Jakob (vCJD) (kekadang digelarkan kelainan penyakit Creutzfeldt-Jakob baru (nvCJD)), satu penyakit yang menyebabkan otak manusia semakin susut, walaupun perkaitan ini tidak pernah dibuktikan. Nama saintifik untuk penyakit lembu gila ialah ensefalopati spongiforma lembu atau BSE (bahasa Inggeris: bovine spongiform encephalopathy ).

Agen jangkitan

Berbeza dengan penyakit-penyakit berjangkit yang lain yang diakibatkan oleh mikrob, agen jangkitan BSE ialah sejenis protein yang khusus. Protein-protein prion yang salah lipat merebak penyakit ini antara individu dan mengakibatkan otak semakin susut. BSE ialah sejenis ensefalopati spongiform berjangkit (TSE: transmissible spongiform encephalopathy) yang boleh muncul dalam haiwan-haiwan yang mempunyai sejenis alel prion mutan yang jarang didapati. Alel ini menyebabkan prion meliukkan diri dalam bentuk yang mengakibatkan penyakit. Bagaimanapun, kebanyakan TSE terjadi sekali-sekala dalam haiwan-haiwan yang tidak mempunyai mutasi protein prion.

Jangkitan boleh terjadi ketika haiwan-haiwan yang sihat makan tisu-tisu haiwan yang mempunyai penyakit BSE. Protein-protein mutasi dalam tisu haiwan kemudian mencacati protein prion sel otak yang asli dan ini pula mengakibatkannya mencacati protein yang lain dalam satu siri pertumbuhan eksponen. Protein-protein yang dicacati ini berkumpul untuk membentuk gentian-gentian plak padat yang kelihatan seolah-olah "lubang-lubang" pada otak di bawah mikroskop. Kejadian ini mengakibatkan kemerosotan keupayaan fizikal dan mental, dan akhirnya kematian. Sebilangan TSE dapat bertahan suhu-suhu keterlaluan dan tidak terjejas oleh disinfektan rumah tangga.

Pautan luar

Perkara am/Berita

  • HowStuffWorks – Craig C. Freudenrich, Ph.D.

Halaman-halaman kerajaan

  • Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (APHIS): Maklumat BSE Diarkibkan 2006-07-28 di Wayback Machine
  • Perkhidmatan Penyelidikan Kongres (CRS): Laporan mengenai Penyakit Lembu Gila[pautan mati kekal]
  • Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada: Soalan lazim mengenai BSE Kanada
  • Jabatan Alam Sekitar, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar (U.K.): Laman web BSE Diarkibkan 2011-01-10 di Wayback Machine
  • Penyiasatan Kerajaan UK terhadap BSE sejak penemuan hingga 1996 Diarkibkan 2009-06-03 di Wayback Machine
  • Unit Pengawasan Penyakit Creutzfeldt-Jakob UK
  • Kenyataan Agensi Kawalan Ubat-ubat British (PDF) Diarkibkan 2008-01-02 di UK Government Web Archive – petikan-petikan disebut di atas
  • Foodsafety.gov: Sumber BSE Diarkibkan 2005-02-07 di Wayback Machine
  • Perkhidmatan Penyelidikan Ekonomi: Kesan BSE terhadap ekonomi Amerika Syarikat

Kumpulan Pengguna/Kesihatan

  • Laman web rasmi Penyakit Lembu Gila – dialihkan ke laman web PETA yang berkait
  • About.com: Penilaian pakar pediatrik mengenai risiko BSE
  • Biro Hal Ehwal Negara: Maklumat Lembu Gila
  • Rangkaian Keselamatan Makanan: Soalan Lazim mengenai Lembu Gila
  • Yayasan BSE Manusia: Pertubuhan Amal yang memberikan sokongan kepada keluarga-keluarga mangsa CJD Diarkibkan 2019-12-09 di Wayback Machine
  • Majlis Maklumat Makanan Antarabangsa: Soalan lazim mengenai BSE Diarkibkan 2004-04-22 di Wayback Machine
  • Kesihatan Awam Massachusetts: Soalan lazim mengenai Lembu Gila Diarkibkan 2004-04-05 di Wayback Machine
  • Binatang Kesayangan dan Penyakit Lembu Gila Diarkibkan 2005-02-07 di Wayback Machine – maklumat BSE untuk pemilik-pemilik binatang kesayangan
  • Lembu Gila Amerika Syarikat: Pusat untuk Media dan Demokrasi
  • Pusat Sains untuk Kepentingan Orang Awam: Memilih daging yang lebih selamat untuk dimakan
  • Kesatuan Pengguna berkata bahawa USDA telah mengurangkan ujian Lembu Gila[pautan mati kekal] – dicapai pada Julai 2006

Halaman Sains/Penyelidik

  • Berita Data Prion: Laporan kemas kini BSE
  • Universiti Dakota Utara: Maklumat Lembu Gila
  • Universiti Negeri Iowa: Pusat Maklumat BSE Diarkibkan 2006-08-03 di Wayback Machine

Halaman Industri Daging Lembu/Lembu

  • Persatuan Pemproses Daging Amerika Syarikat: Berita & Maklumat BSE Diarkibkan 2005-02-05 di Wayback Machine
  • Berita daripada Persatuan Industri Makanan Ternakan Amerika Syarikat
  • Persatuan Penternak Lembu Kanada: Laporan harian kemas kini BSE Diarkibkan 2012-11-18 di Wayback Machine
  • BSE: Penyebaban Persekitaran Diarkibkan 2006-08-03 di Wayback Machine
Kawalan kewibawaan: Perpustakaan negara Sunting ini di Wikidata
  • Perancis (data)
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Jepun
  • Republik Czech