Penyambung F

Penyambung F jantan

Penyambung F ialah kaedah yang paling laris digunakan untuk menyambungkan isyarat televisyen, iaitu sejenis penyambung RF sepaksi yang digunakan untuk televisyen terestrial "di udara", televisyen kabel, televisyen satelit dan modem kabel dengan kabel RG-6/U atau kabel RG-59/U. Penyambung F dicipta oleh Eric E. Winston pada awal 1950-an ketika berkhidmat dalam pembangunan televisyen kabel Jerrold Electronics. Pada 1970-an, penyambung F menjadi kebiasaan dalam penyambungan antena televisyen VHF, ketika kabel sepaksi menggantikan twin-lead, lama-kelaman begitu juga untuk UHF.

Biaprun tidak mahal, namun penyambung F berpadanan impedans 75 Ω sebanyak 1 GHz dan mempunyai lebar jalur boleh guna sebanyak beberapa GHz. Salah satu sebab kos rendahnya adalah penggunaan pengalir pepejal (wayar tengah) dari jenis-jenis kabel sepaksi tertentu sebagai cemat penyambung jantan. Namun begitu, rekabentuk ini tertakluk pada sifat luaran penyambung dalaman (yang mesti berbentuk wayar pepejal), apalagi tidak kalis kakisan, oleh itu perlunya jenis kalis air untuk kegunaan luar (seperti aerial bumbung). Badan penyambung jantan biasanya dilenturkan, atau diskrukan, pada jalinan luaran yang terdedah. Piawaian industri kabel masa kini adalah menggunakan gegas pemampatan. Penyambung betina ada benang UNEF 3/8-32 (berdiameter 9.525mm). Kebanyakan penyambung jantan mempunyai gegelang penghubung berbenang yang berpadanan, tetapi wujudnya penyambung tekan. Hujung penyambung F tekan tidak cukup memberikan perlindungan dari isyarat dari udara (contohnya, pemancar TV berhampiran boleh mengganggu saluran TV kabel).

Penyambung F sesuai untuk pemasangan TV terestrial tempatan, kabel, dan satelit, serta memberikan peningkatan besar berbanding penyambung Belling-Lee yang digunakan pada penerima terestrial Eropah. Namun begitu, penjagaan lebih rapi sedikit diperlukan untuk memasang penyambung jantan betul-betul pada kabel berbanding jenis Belling-Lee, apatah lagi mutu penyambung dan kepadanannya dengan saiz kabel wajar sentiasa diberi perhatian.

Rujukan

  • “F” Port (Female Indoor) Physical Dimensions, ANSI/SCTE 02 1997 (lihat www.scte.org Diarkibkan 2006-04-07 di Wayback Machine).
  • International standard IEC 60169-24: Radio-frequency coaxial connectors with screw coupling, typically for use in 75 Ω cable distribution systems (Type F). (non-free content)

Lihat juga

  • Kabel sepaksi
  • Ceper satelit

Pautan luar

  • F Connector Installation Guide Diarkibkan 2010-02-15 di Wayback Machine
  • l
  • b
  • s
Penyambung RF (sepaksi)
APC-7 · BNC · C · F · FME · Hirose U.FL · IPX · Motorola · MCX · MMCX · N · QLS · QMA/QN · RCA · SMA · SMB · SMC · Twin-lead · TNC · Palam aerial TV · UHF / Mini-UHF

Bentuk dan nama lainan: 2.9 mm (SMA) · 7 mm · Paksi tiga · BNC Kembar / Twinax (BNC) · IPEX  · MHF  · AMC (UFL) · SnapN · RP-TNC · RP-SMA

Lama atau jarang digunakan: EIA · GR · Musa
Lihat juga: Frekuensi radio · Spektrum radio · Penyambung audio dan video · Antara muka dan penyambung audio dan video
  • l
  • b
  • s
Penyambung audio dan video
Audio konduktor tunggal
Cuar pengikat · Palam pepisang · Klip Fahnestock
Audio analog
TRS · XLR · DIN / Mini-DIN · D-sub · Speakon
Audio digital
BNC · S/PDIF · TosLink · XLR · D-sub
Video
DVI / Mini-DVI / Micro-DVI · DMS-59 / LFH · VGA / Mini-VGA · DFP · BNC · DIN / Mini-DIN · DB13W3 · D-Terminal
Audio dan Video
RCA · ADC · Belling-Lee · DisplayPort / Mini DisplayPort · EVC · · HDMI · P&D · SCART · TRS
Carta visual
Senarai penyambung video