Qisas

Sebahagian daripada siri berkaitan
Fiqah Jenayah
Suatu disiplin kajian Islam
Undang-undang jenayah Islam
  • Hudud
    • Zina
    • Hirabah
    • Bughat
    • Murtad
    • Qazaf
  • Qisas
  • Takzir
Jenis hukuman
  • Diyat
  • Rejam
  • Potong tangan
  • Hukuman mati
  • Sebatan
  • Ikon portal Portal Islam
  • l
  • b
  • s


Hukuman Qisas (Arab: قصاصcode: ar is deprecated ) adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.

  1. Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa).
  2. Melukakan dibalas dengan melukakan.
  3. Mencederakan dibalas dengan mencederakan.

Kesalahan wajib dikenakan hukuman qisas

  1. Membunuh orang lain dengan sengaja.
  2. Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja.
  3. Melukakan orang lain dengan sengaja.

Dalil al-Quran

Hukuman qisas membunuh dengan sengaja

Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." (Surah Al-Baqarah 2:178)

Hukuman qisas mencederakan dengan sengaja

Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan dilukakan tadi. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Ma'idah: 45)

Rujukan

  1. Jabatan Mufti Negeri Melaka