Sabak Bernam

Sabak Bernam is located in Bumi
Sabak Bernam
Sabak Bernam (Bumi)
Koordinat: 3°40′N 101°05′E / 3.667°N 101.083°E / 3.667; 101.083Koordinat: 3°40′N 101°05′E / 3.667°N 101.083°E / 3.667; 101.083Negara MalaysiaNegeri SelangorPusatSabakKawasan kerajaan tempatanMajlis Daerah Sabak BernamPentadbiran
 • Pegawai daerahNasir Mamat[1] • Wakil SultanBaharin Mat Akhir[2]Keluasan • Jumlah997.1 km2 (385.0 batu persegi)Penduduk
 (2020)
 • Jumlah107,057 • Kepadatan110/km2 (280/batu persegi)Zon waktuUTC+8 (MST) • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak diamalkan)Poskod
45xxx
Kod panggilan+6-03Nombor pendaftaran kenderaanB

Sabak Bernam merupakan sebuah daerah yang terletak di barat laut negeri Selangor, Malaysia. Daerah ini bersempadan dengan negeri Perak di utara dan Sungai Bernam membentuk garis sempadan tersebut. Selain itu, Daerah Sabak Bernam juga berhampiran dengan Hulu Selangor terletak di timur, Kuala Selangor di selatan serta Selat Melaka di barat. Bandar utama di sini adalah pekan Sabak, Sungai Besar dan Sekinchan. Daerah ini juga terkenal dengan penduduk berketurunan Jawa.

Etimologi

Sabak Bernam dikatakan dibuka oleh enam orang yang bersahabat. Dari situlah munculnya nama "sabak bernam' yakni "sahabat berenam". [4]

Ekonomi

Kegiatan ekonomi kawasan ini bersangkut-paut dengan penanaman padi, kelapa dan kelapa sawit. Sabak Bernam merupakan kawasan penanaman padi yang penting di Selangor, yang tertumpu di sekitar Sungai Besar. Sekitar 1970-an, terdapat banyak kebun koko diusahakan oleh pekebun kecil di daerah ini. Ekonomi di daerah ini juga disumbang oleh sektor perniagaan dan peruncitan. Sekitar tahun 2020, terdapat 17 hotel yang beroperasi, 348 restoran dan 76 kedai runcit di sekitar daerah.

Pentadbiran

Pihak berkuasa tempatan

Daerah Sabak Bernam dikawal selia oleh Majlis Daerah Sabak Bernam

Pecahan pentadbiran

Peta daerah Sabak Bernam

Daerah ini dibahagikan kepada lima mukim dan 11 pekan.

Politik

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Kawasan di dalam daerah Sabak Bernam di bawah pentadbiran Majlis Daerah Sabak Bernam.

Ahli Parlimen

Ahli Dewan Negeri (ADN)

Demografi

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Sabak Bernam ialah seramai 107,057 orang dengan kepadatan penduduk 107 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Kebanyakan penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk 76.6 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Sebanyak empat peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[5]

Jumlah penduduk lelaki 4.2 peratus lebih daripada penduduk wanita dengan nisbah jantina sebanyak 109. Lebih 71 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 26 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 9 ribu orang merupakan warga tua.

Pecahan kaum penduduk (2020)
Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 78,721
Cina 19,824
India 3,987
Lain-lain 252
Bukan warganegara N/A 4,273

Agama

Majoriti penduduk daerah ini beragama Islam iaitu sekitar 76 peratus dari keseluruhan penduduk. Penduduk bukan beragama Islam terdapat sekitar 24 peratus, yang terbesar merupakan penganut Buddha sekitar 17.4 peratus diikuti Hindu sebanyak 3.7 peratus, Kristian sebanyak 0.6 peratus dan selebihnya (1.9 peratus) menganut agama yang lain. Penduduk tidak beragama pula sebanyak 0.4 peratus dari keseluruhan penduduk.[5]

Infrastruktur

Daerah Sabak Bernam merupakan sebuah bandar yang membangun dan mempunyai infrastruktur yang terjaga. Pada tahun 2020, terdapat sebanyak 64 institusi pendidikan, sebuah hospital kerajaan, enam balai polis dan tiga balai bomba di sekitar daerah.[5]

Pautan luar

  • Laman web rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam
  • Peta-peta berkaitan dengan Sabak Bernam

Rujukan

  1. ^ "Portal Rasmi PDT Sabak Bernam Perutusan Pegawai Daerah". www2.selangor.gov.my.
  2. ^ "Portal Rasmi PDT Sabak Bernam Pejabat Orang Besar Daerah". www2.selangor.gov.my.
  3. ^ "Portal Rasmi PDT Sabak Bernam Profil Daerah". www2.selangor.gov.my.
  4. ^ https://www.selangor.gov.my/sabakbernam.php/pages/view/51
  5. ^ a b c https://www.dosm.gov.my/mycendash/
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Shah Alam
Topik umum
Topik
Sosial
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
  • Pengangkutan
Bahagian
pentadbiran
9 Daerah dan 12 Kerajaan tempatan (3 Bandar, 8 Perbandaran, 1 Daerah)
Zon khas: Bandar gabungan Lembah Klang · Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia)
Majlis Bandaraya
Petaling Jaya
(Daerah Petaling)
Shah Alam
(Daerah Petaling dan Klang)
Subang Jaya
(Daerah Petaling)
Majlis Perbandaran
Kajang
(Daerah Hulu Langat)
Ampang Jaya
(Daerah Hulu Langat dan Gombak)
Klang
(Daerah Klang)
Selayang
(Daerah Gombak)
Hulu Selangor
Sepang
Kuala Langat
Kuala Selangor
Majlis Daerah
Sabak Bernam
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P092 Sabak Bernam
N01 Sungai Air Tawar
N02 Sabak

P093 Sungai Besar
N03 Sungai Panjang
N04 Sekinchan

P094 Hulu Selangor
N05 Hulu Bernam
N06 Kuala Kubu Baharu
N07 Batang Kali

P095 Tanjong Karang
N08 Sungai Burong
N09 Permatang

P096 Kuala Selangor
N10 Bukit Melawati
N11 Ijok
N12 Jeram

P097 Selayang
N13 Kuang
N14 Rawang
N15 Taman Templer

P098 Gombak
N16 Sungai Tua
N17 Gombak Setia
N18 Hulu Kelang

P099 Ampang
N19 Bukit Antarabangsa
N20 Lembah Jaya

P100 Pandan
N21 Pandan Indah
N22 Teratai

P101 Hulu Langat
N23 Dusun Tua
N24 Semenyih

P102 Bangi
N25 Kajang
N26 Sungai Ramal
N27 Balakong

P103 Puchong
N28 Seri Kembangan
N29 Seri Serdang

P104 Subang
N30 Kinrara
N31 Subang Jaya

P105 Petaling Jaya
N32 Seri Setia
N33 Taman Medan
N34 Bukit Gasing

P106 Damansara
N35 Kampung Tunku
N36 Bandar Utama
N37 Bukit Lanjan

P107 Sungai Buloh
N38 Paya Jaras
N39 Kota Damansara

P108 Shah Alam
N40 Kota Anggerik
N41 Batu Tiga

P109 Kapar
N42 Meru
N43 Sementa
N44 Selat Klang

P110 Klang
N45 Bandar Baru Klang
N46 Pelabuhan Klang
N47 Pandamaran

P111 Kota Raja
N48 Sentosa
N49 Sungai Kandis
N50 Kota Kemuning

P112 Kuala Langat
N51 Sijangkang
N52 Banting
N53 Morib

P113 Sepang
N54 Tanjong Sepat
N55 Dengkil
N56 Sungai Pelek

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisumber
  • Kategori Kategori