Sekolah Kluster Kecemerlangan
Sekolah Kluster Kecemerlangan turut dikenali dengan nama Sekolah Kluster dan Cluster School of Excellence merupakan sekolah yang bertaraf tinggi antara sekolah-sekolah lain di Malaysia. Sekolah Kluster Kecemerlangan ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Kewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah yang berada di luar kluster kecemerlangan.
Idea penganugerahan status Sekolah Kluster Kecemerlangan terkandung dalam Bab 9, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Kewujudan Sekolah Kluster Kecemerlangan berdasarkan pendekatan kedua PIPP, iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan.
Sorotan kajian menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara untuk tujuan peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.
Sehingga Julai 2014, sebanyak 291 buah sekolah telah diisytiharkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan sejak 30 Mac 2007.
Pelaksanaan
Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster. Jawatankuasa tersebut ialah:-
- Jawatankuasa Pemilihan Sekolah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia;
- Panel Penasihat dipengerusikan oleh Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad; dan
- Jawatankuasa Pelaksana dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan pemegang taruh seperti PIBG, alumni, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 19-20 Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya.
Kriteria pemilihan
Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:
- Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.
- Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) , Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas.
- Sekolah Pendidikan Khas, iaitu Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK), Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).
- Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta.
- Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG).
Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:
Prasyarat
- Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).
- Bagi Sekolah Menengah, Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 3 tahun berturut-turut:
- SBP: GPS 2.50 dan ke bawah
- SMKA: GPS 3.00 dan ke bawah
- SMT: GPS 4.00 dan ke bawah
- SM Harian: GPS 4.00 dan ke bawah
- Bagi sekolah Rendah,
- 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR);
- Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan, atau
- GPS UPSR ialah 2.00 dan ke bawah dalam tempoh 3 tahun kebelakangan, berturut-turut.
Syarat pemilihan
- Kecemerlangan murid dalam aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah.
- Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.
- Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.
- Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.
- Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
- Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.
- Keberkesanan pelaksanaan program Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
- Sekolah berperwatakan.
Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut:
- Penerimaan pencalonan;
- Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex;
- Penentuan standard (standard fixing) oleh Jawatankuasa Pelaksana Sekolah Kluster;
- Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional;
- Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat; dan
- Pengumuman oleh Menteri Pelajaran.
Pengurusan Sekolah
Pimpinan
Pemimpin sekolah kluster ialah:
- Pengetua gred DG 52 atau Guru Besar gred DG 36;
- Pemimpin yang terpilih memenuhi syarat pemimpin cemerlang; dan
- Jawatan Pengetua/Guru Besar adalah jawatan berasaskan sekolah.
Guru
Guru-guru sekolah kluster pula:
- Memenuhi kriteria Guru Cemerlang
- Prestasi mereka akan menentukan kedudukan mereka di Sekolah Kluster.
- Boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut bidang kebitaraan sekolah dalam bidang kokurikulum secara kontrak atau sambilan; dan
- Nisbah kelas dengan guru ialah 1:2 (Sebuah kelas bersamaan dengan 2 orang guru).
Pemilihan Pelajar
Kaedah pemilihan pelajar sekolah kluster:
- Kluster SBP, SMT dan SMKA kekal seperti amalan sedia ada
- Kluster lain, pengetua/guru besar diberi kuasa mengambil sejumlah kecil murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah
- Ujian saringan sekolah
Akauntabiliti
Akauntabiliti Pemimpin Sekolah berpandukan:
- Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
- Pengurusan sumber manusia dan fizikal
- Sumber kewangan
- Pembangunan profesionalisme staf
- Program kurikulum dan kokurikulum efektif
- Lulusan sekolah berkualiti - pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah
- Terma rujukan (TOR) Sekolah Kluster
Autonomi
Jenis Autonomi yang diberikan kepada sekolah ialah:
- Bentuk Umum, untuk semua sekolah; dan
- Bentuk Khusus, mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah, pengajiannya dan bidang kebitaraannya.
Autonomi yang diberikan juga merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan kepada pematuhan piawai yang berikut:
- Akta Pendidikan 1996;
- Sistem Pendidikan Kebangsaan;
- Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan, Garis Panduan dan Surat-surat Siaran; serta
- SKPM.
Senarai Bidang Autonomi:
- Pengurusan Sekolah
- Pengurusan Sumber Manusia
- Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikal
- Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulum
- Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum
Jaminan kualiti
Bagi memastikan sekolah kluster sentiasa mempertingkatkan standard kualiti, jaminan kualiti di sekolah kluster akan menggunakan mekanisme kawalan luaran dan kawalan dalaman.
Peranan agensi lain
Sekolah Kluster akan memperluas peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG, Lembaga Pengelola, Alumni dan NGO dalam aspek:
- Biasiswa
- Kewangan/Dana
- Program Kecemerlangan Akademik
- Program Kecemerlangan Kokurikulum
- Program Kerjaya
Impak
Sekolah kluster akan memberi impak yang positif kepada pendidikan negara dari segi:
- Program Kecemerlangan Kokurikulum
- Program Kerjaya
- Pelajar sekolah cemerlang secara keseluruhan (holistic) dalam sistem: 5.8% daripada 5.2 juta pelajar
- Lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar negara
- Badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian lepasan sekolah kluster
- Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan
- Sebanyak 300 buah sekolah diiktiraf antarabangsa (3.1% daripada 9663 sekolah)
- Model piawaian kepada sekolah dalam dan luar negara
- Pemimpin berkualiti (3.1% daripada 9663 sekolah) dan guru yang cemerlang (6.9% daripada 350,000 guru)
- Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia.
Senarai Sekolah Kluster Kecemerlangan
Fasa dan Tahap | Jenis sekolah | Nama sekolah | Negeri | Kebitaraan Akademik | Kebitaraan Kokurikulum | Laman web rasmi sekolah | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 C | SK | Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tereh | Johor | Bahasa Inggeris | Kebudayaan Orang Asli | [1] | |||||
2 B | SJKT | Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Masai | Bahasa Tamil | Olahraga | [2] | ||||||
Zapin | |||||||||||
3 C | SKPK | ![]() | Bahasa Melayu | Olahraga | [3] | ||||||
Intelektual | |||||||||||
Ad-Din | |||||||||||
3 C | SMPK | Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura | Refleksologi Edu Tourism One Stop Centre | Edu Budaya | [4] | ||||||
Boling | |||||||||||
3 A | SMH | ![]() | Matematik | Ragbi | [5] | ||||||
Seni Pergendangan | |||||||||||
Orkestra Mini | |||||||||||
3 A | SMH | Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim (Sultan Ibrahim Girls School) | Bahasa Jepun | Pancaragam | [6] | ||||||
3 B | KV | Kolej Vokasional Perdagangan Johor Bahru | Keusahawanan | Kawad Kaki | [7] | ||||||
4 B | SJKT | Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Pamol | Sains | Tarian Tradisi India | |||||||
4 B | SMT | Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru | Bahasa Inggeris | Sofbol | [8] | ||||||
5 B | SMH | Sekolah Menengah Kebangsaan Mohd Khalid | Matematik | Judo | [9] | ||||||
5 A | SMH | Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim (Temenggong Ibrahim Girls School) | Bahasa Inggeris | Golf | |||||||
5 A | SBP | ![]() | Kimia | Hoki | [10] | ||||||
5 B | SMKA | ![]() | Bahasa Arab | Nasyid | [11] | ||||||
5 B | SMH | ![]() | Matematik | Robotik | [12] | ||||||
6 A | SMH | Sekolah Tinggi Kluang (Kluang High School) | Matematik | Reka Cipta | [13] | ||||||
6 A | SMH | Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Abu Bakar, Muar (Sultan Abu Bakar Secondary Girls School, Muar) | Matematik | Bola Jaring | [14] | ||||||
7 B | SK | Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau | Bahasa Inggeris | Robotik | [15] | ||||||
7 B | SK | Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2 | Sains | Boling | [16] | ||||||
7 B | SK | Sekolah Kebangsaan Kompleks Sultan Abu Bakar | Bahasa Melayu | Bola Baling | [17] | ||||||
7 B | SMH | Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab | Bahasa Melayu | Kriket | [18] | ||||||
7 B | SMH | ![]() | Bahasa Melayu | Kelab Inovasi dan Kreativiti | [19] | ||||||
7 B | SMH | Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Batu Pahat (High School Batu Pahat) | Bahasa Inggeris | Robotik | [20] | ||||||
7 B | SMH | ![]() | Sains | Badminton | [21] | ||||||
7 B | SMKA | Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bandar Penawar | Pendidikan Syariah Islamiyyah | Bola Sepak | [22] | ||||||
7 B | SMKA | Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat | Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah | Kadet Polis | [23] | ||||||
8 B | SK | Sekolah Kebangsaan Seri Sabak | Bahasa Melayu | Bola Sepak | [24] | ||||||
8 C | SK | Sekolah Kebangsaan Pendas Laut | Sains | Kriket | [25] | ||||||
8 C | SK | Sekolah Kebangsaan Lepau | Sains | Tilawah Al-Quran | |||||||
8 B | SK | Sekolah Kebangsaan Parit Zain | Bahasa Melayu | Nasyid | [26] | ||||||
8 B | SK | Sekolah Kebangsaan Serom 4 | Sains | Tenis | [27] | ||||||
8 B | SK | Sekolah Kebangsaan Orangkaya Ali | Bahasa Melayu | Sofbol | [28] | ||||||
8 B | SK | ![]() | Sains | Bola Tampar | [29] | ||||||
8 A | SK | Sekolah Kebangsaan Convent, Batu Pahat | Bahasa Melayu | Hoki | |||||||
8 B | SK | Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood 1 | Bahasa Inggeris | Ragbi | [30] | ||||||
8 A | SK | Sekolah Kebangsaan Canossian Convent, Kluang | Bahasa Inggeris | Badminton | [31] | ||||||
8 B | SK | Sekolah Kebangsaan Sultan Abu Bakar (1) | Bahasa Inggeris | Pengakap | [32] | ||||||
8 B | SJKC | Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Presbyterian, Muar | Bahasa Inggeris | Gimrama | |||||||
8 B | SJKT | Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Mersing | Bahasa Tamil | Catur | |||||||
8 B | SJKT | Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Sungai Muar | Bahasa Tamil | Tarian Kebudayaan | [33] | ||||||
8 B | SMH | Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara | Sains | Pengakap | [34] | ||||||
8 B | SMH | Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara 2 | Bahasa Melayu | Sofbol | |||||||
8 B | SMH | Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mersing | Sejarah | Ragbi | |||||||
3 B | SK | ![]() | Kedah | Bahasa Inggeris | Bola Tampar | [35] | |||||
3 A | SMJK | Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sin Min | Pendidikan Seni Visual | Seni Kebudayaan | [36], [37] | ||||||
3 B | SMH | ![]() | Bahasa Melayu | Unit Beruniform | [38] | ||||||
Matematik | Bola Tampar | ||||||||||
3 B | SMH | ![]() | Bahasa Melayu | Memanah | [39] | ||||||
3 B | SMH | ![]() | Bahasa Melayu | Memanah | [40] | ||||||
3 B | SMT | Sekolah Menengah Teknik Alor Setar | Sains Pertanian | Sofbol | [41] | ||||||
Robotik | |||||||||||
4 A | SMJK | ![]() | Matematik | Pancaragam | [42] Diarkibkan 2015-11-20 di Wayback Machine | ||||||
Bola Keranjang | |||||||||||
5 B | SMH | Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim | Bahasa Inggeris | Pandu Puteri | [43] | ||||||
5 B | SMH | ![]() | Bahasa Melayu | Badminton | [44] | ||||||
5 B | SMKA | ![]() | Bahasa Arab | Memanah | |||||||
7 B | SJKC | Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Keat Hwa S | Matematik | Ping Pong | |||||||
7 B | SMKA | ![]() | Bahasa Arab | Kadet Remaja Sekolah | [45] | ||||||
8 B | SK | ![]() | Bahasa Inggeris | Skuasy | [46] | ||||||
8 B | SK | Sekolah Kebangsaan Tasek Apong | Sains | Kriket | [47] | ||||||
8 C | SK | ![]() | Bahasa Melayu | Ragbi | |||||||
8 B | SK | ![]() | Bahasa Inggeris | Gimnastik | [48], [49] | ||||||
8 A | SK | Sekolah Kebangsaan Convent, Kedah | Bahasa Inggeris | Tarian Kebudayaan | |||||||
8 B | SJKC | ![]() | Matematik | Wushu | [50] | ||||||
8 B | SJKC | Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Aik Min Simpang Tiga Sungai Limau | Matematik | Muzik | |||||||
2 B | SMH | ![]() | Kelantan | ICT | Gamelan | [51] | |||||
3 B | SMH | ![]() | Matematik | Kepimpinan | [52] | ||||||
Seni dan Budaya | |||||||||||
3 A | SMH | ![]() | Bahasa Inggeris | Hoki | [53], [54] | ||||||
3 B | SMKA | Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah | Bahasa Melayu | Bina Insan | [55] | ||||||
4 B | SK | Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Baharu | Bahasa Inggeris | Pancaragam | [56] | ||||||
4 B | SMH | ![]() | Bahasa Inggeris | Teater Tari | [57] | ||||||
4 B | SMKA | Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lati | Bahasa Arab | Nasyid | |||||||
Memanah | |||||||||||
5 C | SK | Sekolah Kebangsaan Penggu | Bahasa Inggeris | Pancaragam | |||||||
5 B | SMH | ![]() | Bahasa Inggeris | Kadet Polis | [58] | ||||||
5 A | SBP | ![]() | Bahasa Inggeris | Bola Keranjang | |||||||
5 B | SMKA | ![]() | Bahasa Arab | Kawad Kaki | [59] | ||||||
5 B | SMKA | Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor | Bahasa Inggeris | Taekwondo | [60] | ||||||
7 B | SK | ![]() | Sains | Pandu Puteri | [61] | ||||||
7 B | SK | Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 | Sains | Badminton | [62] | ||||||
7 C | SK | Sekolah Kebangsaan Kamil (3) | Bahasa Inggeris | Pengakap | [63] | ||||||
7 C | SK | Sekolah Kebangsaan Kamil (2) | Sains | Puteri Islam | |||||||
8 B | SK | Sekolah Kebangsaan Kubang Golok | Bahasa Inggeris | Hoki | [64] | ||||||
8 C | SK | Sekolah Kebangsaan Salor | Bahasa Inggeris | Hoki | [65] | ||||||
8 B | SK | Sekolah Kebangsaan Bendang Pauh | Bahasa Melayu | Ragbi | [66] | ||||||
8 C | SK | Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang | Matematik | Kebudayaan | [67] | ||||||
8 B | SK | ![]() | Bahasa Inggeris | Bola Sepak | |||||||
8 A | SK | Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim (1) | Bahasa Inggeris | Badminton | [68] | ||||||
8 B | SRA | Sekolah Rendah Agama Tengku Amalin A'Ish | Bahasa Inggeris | Bola Baling | [69] | ||||||
8 B | SMKA | Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah | Sejarah | Memanah | [70] | ||||||
2 B | SMH | ![]() | Melaka | Pendidikan Seni Visual | Bola Jaring | [71] | |||||
Pancaragam | |||||||||||
3 B | SMH | ![]() | Bahasa Melayu | Tiada | [72] | ||||||
3 A | SMH | Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka (Malacca High School) | ICT | Hoki | [73] | ||||||
Pancaragam | |||||||||||
4 B | SK | Sekolah Kebangsaan Paya Rumput | Sains | Ragbi | [74] | ||||||
4 A | SMH | Sekolah Menengah Kebangsaan Infant Jesus Convent | Bahasa Inggeris | Boling | [75] | ||||||
Pancaragam | |||||||||||
8 C | SK | Sekolah Kebangsaan Berisu | Bahasa Melayu | Bola Tampar | [76] | ||||||
8 C | SK | Sekolah Kebangsaan Bukit Senggeh | Bahasa Melayu | Bola Baling | [77] | ||||||
8 C | SK | Sekolah Kebangsaan Chenderah | Bahasa Melayu | Pandu Puteri Tunas | [78] | ||||||
8 B | SK | Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang | Bahasa Melayu | Hoki | [79] | ||||||
8 B | SJKC | Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bukit Beruang | Sains | Ping Pong | [80] | ||||||
8 B | SMKA | ![]() | Bahasa Melayu | Kadet Jabatan Pertahanan Awam | [81] | ||||||
1 B | SMT | Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar | Negeri Sembilan | Matematik | Sofbol | [82] | |||||
Bola Jaring | |||||||||||
2 B | SK | Sekolah Kebangsaan Puteri | Bahasa Inggeris | Kebudayaan | [83] | ||||||
2 A | SMH | Sekolah Menengah Kebangsaan King George V (King George V School, Seremban) | Bahasa Inggeris | Ragbi | [84] | ||||||
Renang | |||||||||||
2 B | SMKA | Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail | Pendidikan Islam | BADAR Perdana | [85] | ||||||
3 C | SK | Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan Utara (F) | Bahasa Inggeris | Golf | [86] | ||||||
Kriket | |||||||||||
3 B | SMH | Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri | Bahasa Inggeris | Hoki | [87] | ||||||
5 B | SK | Sekolah Kebangsaan Pulapah | Bahasa Inggeris | Bola Tampar | [88] | ||||||
6 C | SK | Sekolah Kebangsaan Seliau | Bahasa Melayu | Bola Baling | [89] | ||||||
7 C | SK | Sekolah Kebangsaan Tapak | Bahasa Melayu | Kompang | [90] | ||||||
Muzik Tradisional | |||||||||||
7 C | SK | ![]() | Bahasa Melayu | Maahad Tahfiz Al Quran | [91], [92] | ||||||
Bercerita | |||||||||||
Persatuan Agama Islam | |||||||||||
7 B | SK | Sekolah Kebangsaan Seremban 2B | Bahasa Melayu | Skuasy | [93] | ||||||
8 B | SK | Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Kuala Pilah | Bahasa Melayu | Hoki | |||||||
8 C | SK | Sekolah Kebangsaan Tun Haji Abdul Malek | Sains | Boling | |||||||
8 B | SK | ![]() | Bahasa Inggeris | Boling | [94] | ||||||
8 C | SK | Sekolah Kebangsaan (Felda) Palong 1 | Bahasa Inggeris | Bola Tampar | |||||||
8 A | SK | Sekolah Kebangsaan King George V | Bahasa Melayu | Robotik | [95] | ||||||
8 A | SBP | ![]() | Matematik | Ragbi | [96] | ||||||
1 B | SMH | ![]() | Pahang | Sains | Sofbol | [97] | |||||
2 C | SK | ![]() | Matematik | Adat Kesemo | [98] | ||||||
3 B | SJKT | Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Mentakab | Sains | Hoki | [99] | ||||||
3 C | SMH | ![]() | Geografi | Tiada | [100] | ||||||
Sains | |||||||||||
3 B | SMH | ![]() | Sejarah | Catur | |||||||
3 C | KV | Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah | Bahasa Melayu | Woodball | |||||||
Reka Cipta | |||||||||||
Gimik | |||||||||||
4 B | SMH | ![]() | Fizik | Ragbi | [101] | ||||||
Robotik | |||||||||||
4 B | SMH | ![]() | Bahasa Inggeris | Kriket | [102] | ||||||
5 C | SK | Sekolah Kebangsaan Tempoyang | Bahasa Melayu | Golf | [103] | ||||||
5 B | SJKT | ![]() | Matematik | Kelab Pencinta Alam | [104] | ||||||
5 B | SMH | ![]() | Bahasa Inggeris | St. John Ambulance | |||||||
5 A | SBP | ![]() | Kimia | Skuasy | [105] | ||||||
6 B | SMH | Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Akar | Matematik | Skuasy | |||||||
6 A | SBP | Kimia | Ragbi | [106] | |||||||
7 C | SK | Sekolah Kebangsaan Sentosa, Maran | Bahasa Inggeris | Pengakap | [107] | ||||||
7 A | SBP | ![]() | Pendidikan Islam | Lompat Tali | [108] | 7 A | SK | Sekolah Kebangsaan St Thomas | Bahasa Inggeris | Pengakap | [109] |
7 B | SJKC | Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kong Min | Bahasa Cina | Bola Keranjang | |||||||
7 C | SMH | ![]() | Sains | Memanah | [110] | ||||||
7 B | SMH | Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tualang | Sains | Catur | [111], [112] | ||||||
7 B | SMH | Sekolah Menengah Kebangsaan Sulaiman | Bahasa Inggeris | Koir | [113] | ||||||
Bola Baling | |||||||||||
8 A | SK | Fail:Lencana Sekolah Kebangsaan Tuanku Fatimah .png Sekolah Kebangsaan Tuanku Fatimah | Bahasa Melayu | Kebudayaan | [114] | ||||||
8 C | SK | Sekolah Kebangsaan Penjom | Bahasa Inggeris | Pandu Puteri Tunas | [115] | ||||||
8 C | SK | Sekolah Kebangsaan Chat | Sains | Catur | [116] | ||||||
8 C | SK | Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah | Bahasa Melayu | Gimnastik | [117] | ||||||
8 C | SK | Sekolah Kebangsaan (Felda) Selancar 2 | Bahasa Melayu | Bola Tampar | [118] | ||||||
8 C | SK | Sekolah Kebangsaan Pekan Jaya | Bahasa Melayu | Olahraga | [119] | ||||||
8 B | SK | Sekolah Kebangsaan Bandar Raub | Bahasa Melayu | Bola Baling | [120] | ||||||
8 C | SK | Sekolah Kebangsaan Gunong Senyum | Pendidikan Islam | Ragbi | |||||||
8 C | SK | Sekolah Kebangsaan Bangau, Pahang | Pendidikan Islam | Pengakap | |||||||
8 A | SK | ![]() | Bahasa Melayu | Olahraga | [121] | ||||||
8 C | SK | Sekolah Kebangsaan (Lktp) Selancar 3 | Bahasa Inggeris | Ping Pong | |||||||
8 A | SK | Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Kuantan | Bahasa Inggeris | Pandu Puteri Tunas | [122] | ||||||
8 B | SMH | Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bentong | Bahasa Melayu | Petanque | [123] | ||||||
8 B | SMH | ![]() | Pendidikan Islam | Petanque | [124] | ||||||
8 B | SMH | ![]() | Bahasa Melayu | Woodball | [125] | ||||||
8 B | SMKA | Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan | Bahasa Arab | Bola Baling | [126], [127] | ||||||
8 B | SMKA | Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang | Bahasa Arab | Woodball | [128] | ||||||
2 B | SMH | ![]() | Bahasa Inggeris | Muzik | [129] | ||||||
Orkestra Muda Bainun | |||||||||||
2 A | SMH | Sekolah Menengah Kebangsaan Ave Maria Convent | Bahasa Melayu | Pancaragam | [130] | ||||||
Bahasa Inggeris | Cheerleading | ||||||||||
Bahasa Cina | |||||||||||
3 B | SK | Sekolah Kebangsaan Kampung Jambu | Bahasa Melayu | Gimnastik | [131] | ||||||
Pancaragam | |||||||||||
3 A | SBP | ![]() | Matematik | Kriket | |||||||
3 B | SMH | ![]() | Sains | Hoki | [132] | ||||||
Bola Jaring | |||||||||||
3 B | SMKA | Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah | Bahasa Arab | Keseniaan Islam | [133] | ||||||
Bahasa Inggeris | |||||||||||
4 B | SK | Sekolah Kebangsaan Seri Ampang | Bahasa Inggeris | Boling Padang | [134], [135] | ||||||
ICT | |||||||||||
4 A | SMH | Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Taiping | Bahasa Inggeris | Boling | [136], [137] | ||||||
Kelab Pencinta Alam | |||||||||||
7 B | SK | Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Ipoh | Bahasa Inggeris | Pandu Puteri Tunas | [138] | ||||||
8 B | SK | Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam | Bahasa Melayu | Boling | [139] | ||||||
8 C | SK | Sekolah Kebangsaan Bagan Pasir | Bahasa Melayu | Kompang | [140], [141] | ||||||
8 C | SK | Sekolah Kebangsaan Chikus | Pendidikan Islam | Hoki | [142], [143] | ||||||
7 B | SK | Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Ipoh | Bahasa Inggeris | Pandu Puteri Tunas | [144] | ||||||
8 B | SK | Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam | Bahasa Melayu | Boling | [145] | ||||||
8 C | SK | Sekolah Kebangsaan Bagan Pasir | Bahasa Melayu | Kompang | [146], [147] | ||||||
8 C | SK | Sekolah Kebangsaan Chikus | Pendidikan Islam | Hoki | [148], [149] | ||||||
8 B | SK | Sekolah Kebangsaan Teluk Kepayang | Bahasa Inggeris | Pengakap | [150] | ||||||
8 A | SK | Sekolah Kebangsaan Tarcisian Convent | Bahasa Inggeris | Seni dan Budaya | [151] | ||||||
8 A | SK | Sekolah Kebangsaan Methodist, Parit Buntar | Bahasa Inggeris | Karate | [152] | ||||||
8 B | SK | Sekolah Kebangsaan Klian Pauh | Sains | Kebudayaan | |||||||
8 C | SJKT | Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Gerik | Sains | Olahraga | [153] | ||||||
8 A | SBP | ![]() | Bahasa Melayu | Inovasi dan Kreativiti | [154] | ||||||
8 A | SBP | ![]() | Bahasa Melayu | Kebudayaan | [155] | ||||||
8 A | SMH | Sekolah Menengah Kebangsaan Tarcisian Convent | Bahasa Melayu | Koir | |||||||
8 A | SMH | ![]() | Bahasa Inggeris | Taekwondo | [156] | ||||||
1 A | SMH | ![]() | Perlis | Bahasa Inggeris | Pancaragam | [157] | |||||
Boling Padang | |||||||||||
2 B | SK | ![]() | Matematik | ICT | [158] | ||||||
Lompat Tali | |||||||||||
3 B | SMH | Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sheikh Ahmad | Sains | Hoki | [159] | ||||||
7 B | SMKA | Fail:Sekolah Menengah Agama Perempuan Kangar.jpg Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah | Bahasa Arab | Pelancongan Koperasi Sekolah | [160] | ||||||
8 B | SK | Sekolah Rendah Kebangsaan Putera | Bahasa Inggeris | Kelab Alam Sekitar | [161] | ||||||
1 C | SKPK | Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma (Penglihatan) | Pulau Pinang | Bahasa Inggeris | Tahfiz Al-Quran | [162] | |||||
ICT Khas | |||||||||||
1 B | SMH | ![]() | Bahasa Inggeris | Kriket | [163] | ||||||
Hoki | |||||||||||
1 B | SMKA | ![]() | Fizik | Penghayatan Islam | [164] | ||||||
3 B | SK | Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal | Bahasa Melayu | Lestari Budaya | [165] | ||||||
Bahasa Inggeris | Rejam Emas | ||||||||||
Derap Juara | |||||||||||
3 B | SMH | Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Tok Jaya | Pendidikan Islam | Tiada | [166], [167] | ||||||
4 A | SMH | ![]() | Bahasa Inggeris | Pandu Puteri | |||||||
Bola Jaring | |||||||||||
5 B | SMH | ![]() | Bahasa Melayu | Bola Lantai | [168] | ||||||
5 B | SMH | ![]() | Pendidikan Seni Visual | Kelab Alam Sekitar | [169] Diarkibkan 2014-12-24 di Wayback Machine | ||||||
5 A | SMJK | Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Jit Sin | Sains | Orkestra Cina | [170] | ||||||
5 B | SMKA | ![]() | Bahasa Melayu | Kadet Remaja Sekolah | [171] | ||||||
7 B | SJKC | Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Shih Chung Cawangan | Matematik | Catur | [172] | ||||||
7 A | SMJK | Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Ling Butterworth | Matematik | Orkestra Cina | [173], [174] Diarkibkan 2015-02-14 di Wayback Machine | ||||||
7 A | SMJK | Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Ling (CF) Kampung Baru | Sains | Robotik | [175] | ||||||
8 B | SK | ![]() | Bahasa Melayu | Hoki | [176] | ||||||
8 B | SK | Sekolah Kebangsaan Jawi | Bahasa Melayu | Kelab Doktor Muda | [177] | ||||||
8 A | SK | Sekolah Kebangsaan Convent, Bukit Mertajam | Bahasa Inggeris | Kebudayaan | [178] | ||||||
8 B | SJKC | Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kai Chee | Matematik | Ping Pong | [179] | ||||||
1 B | KV | Kolej Vokasional Tawau | Sabah | Inovasi dan Reka Cipta (Kemahiran Tangan Emas) | Tiada | [180] | |||||
2 C | SMH | Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana | Bahasa Inggeris | Olahraga | |||||||
Chef to Pro | |||||||||||
2 B | SMH | Sekolah Tinggi Kota Kinabalu (Kota Kinabalu High School) | Matematik | Bola Keranjang | [181] | ||||||
Kebudayaan | |||||||||||
3 C | SK | Sekolah Kebangsaan Lingga Baru | Bahasa Melayu | Muzik Tradisional | [182] | ||||||
3 C | SMH | ![]() | Bahasa Melayu | Bola Sepak | [183] | ||||||
3 B | SMH | Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Peter Mojuntin | Reka Cipta | Olahraga | [184] | ||||||
4 C | SK | Sekolah Kebangsaan Mantob | Sains | Badminton | [185] | ||||||
Pengakap | |||||||||||
4 C | SK | Sekolah Kebangsaan Perancangan, Ranau | Matematik | Olahraga | [186] | ||||||
Bola Tampar | |||||||||||
5 C | SK | Sekolah Rendah Kebangsaan Don Bosco | Matematik | Taekwondo | [187] | ||||||
7 C | SK | Sekolah Kebangsaan (M) Bombalai | Sains | Bola Baling | [188] | ||||||
8 C | SK | Sekolah Kebangsaan Guakon Baru | Sains | Tarian Tradisional | [189] | ||||||
8 C | SK | Sekolah Kebangsaan Koporingan | Sains | Muzik Tradisional | [190] | ||||||
8 C | SK | Sekolah Kebangsaan Kauluan | Bahasa Melayu | Taekwondo | [191] | ||||||
8 B | SJKC | Sekolah Jenis Kebangsaan (C) St. James | Sains | Kebudayaan | [192] | ||||||
8 A | SBP | Sains | Catur | [193] | |||||||
8 A | SMH | Sekolah Menengah Kebangsaan St. Michael, Penampang | Sains | Pendidikan Alam Sekitar | [194] | ||||||
Matematik | |||||||||||
2 A | SMH | Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah | Sarawak | Bahasa Inggeris | Ragbi | [195] | |||||
3 C | SK | Sekolah Kebangsaan Ba Kelalan | Sains | Olahraga | [196] | ||||||
3 A | SK | Sekolah Kebangsaan St. Mary, Sarawak | Bahasa Inggeris | Muzik | [197] | ||||||
Rekoder | |||||||||||
Koir | |||||||||||
Muzik Etnik | |||||||||||
3 B | SMH | Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong | Matematik | Olahraga | [198] | ||||||
Kepimpinan | |||||||||||
3 A | SMH | Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Sibu | Bahasa Inggeris | Kesenian dan Permainan | [199] | ||||||
4 B | SRA | ![]() | Bahasa Inggeris | Aktiviti Keagamaan | [200], [201] | ||||||
5 C | SK | Sekolah Kebangsaan Paon Temaga | Bahasa Inggeris | Bola Sepak | |||||||
5 B | SRA | Sekolah Kebangsaan Madrasah Datuk Hj. Abdul Kadir Hasan | Bahasa Inggeris | Catur | [202] | ||||||
5 B | SMH | Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang | Bahasa Inggeris | Tiada | [203] | ||||||
6 B | SRA | Sekolah Kebangsaan Agama Sibu | Bahasa Melayu | Persatuan Agama Islam | [204] | ||||||
7 B | SRA | Sekolah Kebangsaan Agama, Bintulu | Bahasa Melayu | Persatuan Pendidikan Islam | [205] | ||||||
7 A | SK | Sekolah Kebangsaan St. Teresa, Kuching | Bahasa Inggeris | Seni dan Budaya | [206] | ||||||
8 C | SK | Sekolah Kebangsaan Kampung Kebuaw | Matematik | Olahraga | [207] | ||||||
8 C | SK | Sekolah Kebangsaan Kampung Igan | Bahasa Melayu | Bola Sepak | [208] | ||||||
8 C | SK | Sekolah Kebangsaan Suba Buan | Bahasa Melayu | Bola Tampar | |||||||
8 B | SJKC | Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tung Kwong | Matematik | Ping Pong | [209] | ||||||
8 B | SMKA | ![]() | Bahasa Melayu | Persatuan Bahasa Arab | [210][pautan mati kekal] | ||||||
Persatuan Pendidikan Islam | |||||||||||
1 B | SJKT | Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Simpang Lima, Selangor | Selangor | ICT | Memanah | ||||||
Seni dan Kebudayaan India | |||||||||||
3 C | SK | ![]() | Sains | Kebudayaan | [211] | ||||||
3 B | SMH | Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama | Bahasa Melayu | Unit Beruniform | [212] | ||||||
Bahasa Inggeris | |||||||||||
4 B | SMKA | ![]() | Pendidikan Al-Quran dan Sunnah | Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah | [213] | ||||||
Sepak Takraw | |||||||||||
4 A | SBP | Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam | Bahasa Melayu | Unit Beruniform | [214] | ||||||
Pengucapan Awam | Ragbi | ||||||||||
5 B | SMH | ![]() | Matematik | Olahraga | [215] | ||||||
5 A | SMJK | Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik, Petaling Jaya | Bahasa Cina | Ping Pong | [216] | ||||||
5 B | SMKA | Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah | Pendidikan Islam | Memanah | |||||||
6 B | SK | Sekolah Kebangsaan USJ 2 | Bahasa Inggeris | Badminton | [217] | ||||||
6 B | SMH | ![]() | Bahasa Inggeris | Koir | [218] | ||||||
7 C | SK | Sekolah Kebangsaan Lembah Beringin | Sains | Ping Pong | [219] | ||||||
7 B | SK | ![]() | Bahasa Inggeris | Olahraga | [220] | ||||||
7 B | SK | ![]() | Sains | Muzik | [221] | ||||||
Rekoder | |||||||||||
Asemble | |||||||||||
Koir | |||||||||||
Kompang | |||||||||||
7 B | SMH | Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Jaya | Bahasa Inggeris | Koir | [222] | ||||||
7 B | SMH | ![]() | Sains | Bola Keranjang | [223] | ||||||
7 B | SMKA | Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor | Pendidikan Islam | Memanah | [224] | ||||||
8 B | SK | ![]() | Sains | Sofbol | [225] | ||||||
8 B | SK | Sekolah Kebangsaan Saujana Impian | Matematik | Memanah | [226] | ||||||
8 B | SK | Sekolah Kebangsaan Seafield | Sains | Robotik | [227] | ||||||
8 B | SK | ![]() | Bahasa Inggeris | Bola Sepak | [228] | ||||||
8 B | SK | Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik | Sains | Catur | [229] | ||||||
8 A | SK | Sekolah Kebangsaan Convent (1) (M) | Bahasa Inggeris | Kebudayaan | |||||||
Muzik | |||||||||||
8 A | SK | Sekolah Kebangsaan Convent (M), Selangor | Bahasa Inggeris | Gimrama | [230] | ||||||
1 A | SMH | Fail:Logo ss.jpg Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman | Terengganu | Fizik | Olahraga | [231] | |||||
Bola Sepak | |||||||||||
1 B | SMKA | ![]() | Fizik | Memanah | [232], [233] | ||||||
Muttaqun | |||||||||||
2 B | SMH | ![]() | Bestari Matematik | Bahasa dan Kebudayaan | [234], [235] | ||||||
ICT | |||||||||||
Memperkasakan Bahasa | |||||||||||
5 B | SK | Bahasa Inggeris | Skuasy | [236] | |||||||
5 C | SK | Sekolah Kebangsaan Dusun Kampung | Bahasa Melayu | Bola Tampar | [237] | ||||||
5 B | SK | Sekolah Kebangsaan Seri Berang | Bahasa Inggeris | Bola Sepak | [238] | ||||||
5 B | SMH | Bahasa Melayu | Catur | [239] | |||||||
5 A | SBP | ![]() | Bahasa Inggeris | Catur | |||||||
5 B | SMKA | ![]() | Sains | Silat | [240], [241] | ||||||
6 A | SBP | Sekolah Menengah Sains Dungun | Matematik | Hoki | |||||||
7 C | SK | Sekolah Kebangsaan Tepus | Matematik | Kelab Usahawan Tani Sekolah | [242] | ||||||
7 A | SK | Sekolah Kebangsaan Paka 2 | Bahasa Inggeris | Bola Tampar | [243] | ||||||
7 A | SK | ![]() | Bahasa Inggeris | Bola Baling | [244], [245] | ||||||
7 B | SK | Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri Sungai Tong | Bahasa Inggeris | Bola Tampar | [246] | ||||||
7 B | SMH | Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah | Matematik | Catur | |||||||
7 A | SMH | ![]() | Matematik | Silat | [247] | ||||||
7 B | SMKA | Sekolah Menengah Imtiaz, Dungun | Bahasa Arab | Memanah | [248] | ||||||
7 B | SMKA | Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Berang | Matematik | Kelab Pendidikan Islam | [249], [250] | ||||||
7 B | SMKA | Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato' Haji Abbas | Bahasa Arab | Pembangunan Usahawan Muda | |||||||
8 B | SK | ![]() | Matematik | Ping Pong | [251] | ||||||
8 A | SK | ![]() | Sains | Robotik | [252] | ||||||
8 A | SK | Sekolah Kebangsaan Gong Badak | Bahasa Melayu | Memanah | [253] | ||||||
8 B | SK | Sekolah Kebangsaan Maktab Perguruan | Bahasa Inggeris | Memanah | [254] | ||||||
8 B | SK | Sekolah Kebangsaan Tok Randok | Matematik | Bola Baling | [255], [256] | ||||||
8 B | SMH | ![]() | Matematik | Badminton | [257] | ||||||
1 A | SMH | ![]() | Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | Bahasa Inggeris | Gimrama | [258] | |||||
Pancaragam | |||||||||||
1 A | SMH | Sekolah Menengah Kebangsaan St. John, Kuala Lumpur (St. John Institution) | Matematik | Pancaragam | [259], [260] | ||||||
Memanah | |||||||||||
1 A | SMH | ![]() | Sains | Pancaragam | [261] | ||||||
Polo Air | |||||||||||
Drama dan Retorika | |||||||||||
2 B | SS | ![]() | Bahasa Inggeris | Hoki | [262] | ||||||
Bola Jaring | |||||||||||
2 B | SMT | Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur | Lukisan Kejuruteraan | Bola Jaring | [263] | ||||||
4 B | SMKA | ![]() | Bahasa Arab | Kadet Remaja Sekolah | [264] | ||||||
2 A | SMH | Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Methodist, Kuala Lumpur (Methodist Boys' School, Kuala Lumpur) | Bahasa Inggeris | Catur | [265] | ||||||
ICT | |||||||||||
3 B | SMH | ![]() | Matematik | Badminton | [266] | ||||||
4 B | SJKC | Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jalan Davidson | Matematik | Robotik | [267] | ||||||
Bola Keranjang | |||||||||||
4 B | SMH | ![]() | Bahasa Inggeris | Judo | [268] | ||||||
Catur | |||||||||||
6 B | SK | ![]() | Matematik | Seni dan Budaya | [269] | ||||||
7 A | SK | Sekolah Kebangsaan Convent (2) Bukit Nanas | Bahasa Inggeris | Seni dan Budaya | [270] | ||||||
8 B | SJKC | Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Kwok | Matematik | Robotik | [271], [272] | ||||||
4 B | SK | Sekolah Kebangsaan St. Anne, Labuan | Wilayah Persekutuan Labuan | Bahasa Inggeris | Kelab Sains dan Matematik | ||||||
8 B | SK | Sekolah Kebangsaan Rancha-Rancha | Bahasa Melayu | Tarian Kebudayaan | |||||||
3 B | SK | ![]() | Wilayah Persekutuan Putrajaya | Sains | Tiada | [273] | |||||
Matematik | |||||||||||
3 B | SMH | ![]() | Bahasa Jepun | Olahraga | [274] | ||||||
Bahasa Arab | Sukan Air |
Lihat juga
- Sekolah Berprestasi Tinggi
- Podium Minimalis