Shu Qi

Shu Qi
Nama Cina舒淇code: zh is deprecated (Tradisional)
Nama Cina舒淇code: zh is deprecated (Ringkas)
Nama lahir林立慧 (Lín Lìhuì)
Tahun aktif1996 - kini
Laman web rasmiwww.shu-qi.com
Anugerah
  • Hong Kong Film Awards
    Pelakon Baharu Terbaik
    1996 Viva Erotica
    Pelakon Wanita Sambilan Terbaik
    1996 Viva Erotica
    1998 Portland Street Blues
    Golden Bauhinia Awards
    Pelakon Wanita Sambilan
    1996 Viva Erotica'
    Golden Horse Awards
    Best Supporting Actress
    1998 Your Place or Mine
    Pelakon Wanita Terbaik
    2005
    Three Times

Shu Qi (Bahasa Cina: 舒淇code: zh is deprecated ; pinyin: Shū Qí; Wade-Giles: Shu Ch'i; lahir 16 April 1976) ialah nama pentas pelakon wanita Taiwan, Lin Li-Hui (林立慧). Nama pentasnya kekadang dirumikan sebagai Hsu Chi, Shu Qui, atau Shu Kei (Kantonis). Nama Shu Qi kekadang juga muncul dalam urutan Barat sebagai Qi Shu.

Kerjaya

Kerjaya awal

Dilahirkan di Bandaraya Sindian, Kaunti Taipei, Shu Qi berpindah ke Hong Kong ketika berusia 17 tahun. Di Hong Kong, dia menjadi peragawati untuk majalah pornografi, dengan gambarnya ditampilkan pada kulit Penthouse Hong Kong terbitan Februari 1995. Selepas muncul dalam sebilangan filem pendek pornografi ringan, Shu Qi menjadi bintang pornografi pujaan yang pertama untuk menyertai filem aliran utama apabila dia mengikat kontrak dengan Manfred Wong, penerbit filem Hong Kong, untuk berlakon dalam sebilangan filem pornografi ringan seperti Sex & Zen II.

Kerjaya seterusnya

Pada 1996, Shu Qi berlakon di samping Karen Morris dan mendiang Leslie Cheung dalam filem Viva Erotica yang diarahkan oleh Derek Yee tentang industri filem erotik di Hong Kong. Sejak menerima anugerah Pelakon Wanita Sampingan Terbaik bagi filem itu dalam upacara Anugerah Filem Hong Kong, Shu Qi telah muncul dalam filem-filem aliran utama Hong Kong seperti:

  • Gorgeous (1998), disamping Jackie Chan;
  • The Island Tales (1999), diterbitkan oleh Stanley Kwan; dan
  • Millennium Mambo (2000) yang disanjung ramai, diterbitkan oleh Hou Hsiao-Hsien.

Pada 1999, Ang Lee menjemput Shu Qi yang ketika itu sudah menjadi amat popular untuk berlakon sebagai Jen dalam filem Crouching Tiger, Hidden Dragon. Namun selepas perfileman selama enam minggu, Manfred Wong, pengurus Shu Qi, menariknya daripada perfileman itu untuk membuat iklan minuman ringan di Jepun kerana tidak meramalkan kejayaan antarabangsa filem itu secara besar-besaran. Justera, peranannya diambil alih oleh Zhang Ziyi, seorang pelakon wanita Cina yang tidak amat dikenali. Disebabkan oleh filem itu, Zhang Ziyi menjadi bintang antarabangsa yang terkenal, dengan Shu Qi kemudian berpisah dengan pengurusnya, akibat perkara itu.

Pada 2002, Shu Qi muncul dalam filem Hollywood, The Transporter, dan filem aksi Asia, So Close. Kemudian pada 2004, dia melakonkan peranan utama dalam filem seram Hong Kong, The Eye 2. Shu Qi memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam upacara Anugerah Golden Horse 2005 bagi tiga peranannya dalam filem Three Times yang diarahkan oleh Hou Hsiao-Hsien. Dipilih oleh Kenzo Takada pada tahun 2006 untuk menyertai kempen pengiklanan ketiga bagi minyak wangi Flower by Kenzo yang amat berjaya, dengan dia masih merupakan wajah terkini.

Pada 2008, Shu Qi menjadi anggota jemaah pengadil Berlinale, Pesta Filem Antarabangsa Berlin, dan pada tahun berikutnya, menjadi anggota jemaah pengadil Pesta Filem Cannes.

Reputasi

Walaupun penglibatannya dalam filem pornografi ringan pada peringkat awal kerjayanya, Shu Qi berjaya mengatasi tekanan yang berasal daripada budaya Cina yang konservatif dan mencapai kepopularan menerusi bakat pelakonan dan wajahnya yang menarik. Dia telah diperingkatkan dengan tekal sebagai salah satu daripada 99 wanita yang paling menggiurkan di dunia oleh AskMen.Com.

Antara lelaki yang Shu Qi dikatakan berasmara termasuk Leon Lai dan Wang Leehom.

Pada 2008, Shu Qi dipilih oleh E!, saluran hiburan Amerika, sebagai "Pelakon Wanita dengan Bibir Yang Paling Seksi di Dunia".

Filmografi separa

  • City Under Siege (2010)
  • The Assassin (2010)
  • New York, I Love You (2009)
  • If You Are the One (2008)
  • Look for a Star (2008)
  • Blood Brothers (2007)
  • Forest of Death (2007)
  • My Wife is a Gangster 3 (2006)
  • Confession of Pain (2006)
  • Hong Fu Nu (2006)
  • Home Sweet Home (2005)
  • Three Times (2005)
  • Seoul Raiders (2005)
  • The Foliage (2004)
  • The Eye 2 (2004)
  • Looking for Mr. Perfect (2003)
  • Haunted Office (2002)
  • The Transporter (2002)
  • Just One Look (2002) (cameo)
  • So Close (2002)
  • Women From Mars (2002)
  • The Wesley's Mysterious File (2002)
  • Beijing Rocks (2001)
  • Love Me, Love My Money (2001)
  • Visible Secret (2001)
  • Millennium Mambo (2001)
  • Martial Angels (2001)
  • For Bad Boys Only (2000)
  • My Name Is Nobody (2000)
  • Dragon Heat (2000)
  • Skyline Cruisers (2000)
  • Flyin' Dance (2000)

  • Born to Be King (2000)
  • Hidden Whisper (2000)
  • My Loving Trouble 7 (2000)
  • Metade Fumaca (1999)
  • When I Look Upon the Stars (1999)
  • The Island Tales (1999)
  • Iron Sister (1999)
  • A Man Called Hero (1999)
  • Gorgeous (1999)
  • Extreme Crisis (1998)
  • Another Meltdown (1998)
  • Portland Street Blues (1998)
  • Young & Dangerous: The Prequel (1998)
  • City of Glass (1998)
  • Bishonen (1998)
  • Love Generation Hong Kong (1998)
  • The Storm Riders (1998)
  • Young and Dangerous 5 (1998)
  • The Lucky Guy (1998)
  • L-O-V-E... Love (1997)
  • My Dad Is a Jerk (1997)
  • Love Is Not a Game, But a Joke (1997)
  • Those Were the Days (1997)
  • Love: Amoeba Style (1997)
  • The Fruit is Swelling (1997) (cameo)
  • A Queer Story (1996)
  • Till Death Do Us Laugh (1996)
  • Street Angels (1996)
  • Queer Story (1996)
  • Growing Up (1996)
  • Viva Erotica (1996)
  • Sex & Zen II (1996)

Karya lain

"Hong Kong" (2008) — lawatan berjalan audio oleh Louis Vuitton dan Soundwalk [1][2].

Anugerah dan Calonan

Tahun Anugerah Filem Kategori Keputusan
1997 Golden Bauhinia Viva Erotica Pelakon Wanita Sambilan Terbaik Menang
Golden Horse Award Fei Yat Boon Oi Ching Siu Suet Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
Anguerah Filem Hong Kong Viva Erotica Pelakon Wanita Sambilan Terbaik Menang
Pelakon Baharu Terbaik Menang

Rujukan

  1. ^ Soundwalk Diarkibkan 2018-06-28 di Wayback Machine. Accessed Sept. 17, 2009.
  2. ^ Louis Vuitton Soundwalk. Accessed Sept. 20, 2009.

Pautan luar

  • Official website
  • Shu Qi di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  • http://www.shuqi.org/profile/biography.shtml
  • http://www.shuqiworld.com/about-shu-qi.php Diarkibkan 2007-11-13 di Wayback Machine
  • http://www.moono.com/html/shu-qi/shu-qi-biography.cfm
  • http://www.askmen.com/women/actress_300/310_shu_qi.html
  • http://global.yesasia.com/en/Emagazine/ArticlePage.aspx/articleId-123/
  • http://skywoland.narod.ru/HsuChi/Hsu.htm
  • http://www.mirror.co.uk/news/topstories/2007/12/21/for-the-record-89520-20261711/
  • http://www.popsquare.com/hsuchi/ Diarkibkan 2009-08-13 di Wayback Machine
  • http://www.shuqilive.com