Spongiforma squarepantsii

Spongiforma squarepantsii
Pengelasan saintifik
Alam:
Fungi
Divisi:
Basidiomycota
Kelas:
Agaricomycetes
Order:
Boletales
Keluarga:
Boletaceae
Genus:
Spongiforma
Spesies:
S. squarepantsii
Nama binomial
Spongiforma squarepantsii
Desjardin, Peay & T.D. Bruns
Peta Sarawak, Malaysia, lokasi Taman Negara Bukit Lambir

Spongiforma squarepantsii ialah satu spesies kulat dalam famili Boletaceae, genus Spongiforma. Kulat yang ditemui di Malaysia ini disifatkan sebagai baru kepada bidang sains pada tahun 2011. Nama saintifik kulat ini berasal dari nama watak kartun SpongeBob SquarePants.

Penemuan dan penamaan

Spesies ini julung kali dihuraikan secara saintifik di Internet pada Mei 2011 dalam jurnal Mycologia, berasaskan spesimen-spesimen yang dikumpul di Taman Negara Bukit Lambir, Sarawak, Malaysia, pada tahun 2010.[1]

Nama genus Spongiforma memaksudkan sifat kandul spora yang seakan bunga karang, sementara nama julukannya, squarepantsii menandakan keserupaannya dengan watak kartun tersebut. Selain itu, para pengarang juga mendapati bahawa permukaan bersporanya agak menyerupai "dasar laut yang dilitupi bunga karang tubul, seakan-akan tempat tinggal SpongeBob" apabila dilihat dengan mikroskop elektron pengimbas.[2]

Huraian

Kandul spora Spongiforma squarepantsii berwarna jinga cerah, dengan matra selebar 3–5 cm (1.2–2.0 in) dan setinggi 2–3 cm (0.8–1.2 in). Bentuknya lebih kurang berbentuk sfera atau telur, tanpa batang. Pada permukaannya ada rabung-rabung dan lekuk-lekuk yang dalam seakan-akan otak. Kulat ini liat dan seakan-akan span — jika air dipancut keluar, ia akan pulih kepada bentuk asal dengan sendiri. Permukaannya juga ada rongga-rongga (lokul) yang agak besar dan tidak tetap bentuknya, berlapik dengan tisu yang subur (menghasilkan spora). Kandul sporanya mempunyai bau yang kuat, baik seharum buah-buahan mahupun tengik. Tisu cendawan menjadi ungu apabila dikenakan setitis 3–10% kalium hidroksida.[2]

Sporanya yang berbentuk buah badam itu ukurannya 9.5–12.5 kali 6–7 μm dengan dinding yang setebal 0.5–1.2 μm. Dalam tisu kulat ini tiadanya sambungan pengapit.[2]

Habitat dan taburan

Spongiforma squarepantsii ditemui di tanah Taman Negara Bukit Lambir, negeri Sarawak, Malaysia.[2]

Rujukan

  1. ^ mushroom discovered in the forests of Borneo
  2. ^ a b c d Desjardin DE, Peay KB, Bruns TD. (May 10, 2011). "Spongiforma squarepantsii, a new species of gasteroid bolete from Borneo" (in press). Mycologia. doi:10.3852/10-433. PMID 21558499.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  • l
  • b
  • s
Watak
Penerbitan
Musim
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
    • Legends of Bikini Bottom
  • 8
    • SpongeBob's Runaway Roadtrip
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
Episod
  • "Help Wanted"
  • "Pizza Delivery"
  • "Rock Bottom"
  • "Christmas Who?"
  • "Band Geeks"
  • "Graveyard Shift"
  • "Sailor Mouth"
  • "Chocolate with Nuts"
  • "The Sponge Who Could Fly"
  • "Have You Seen This Snail?"
  • "Dunces and Dragons"
  • "Best Day Ever"
  • "Friend or Foe"
  • "Atlantis SquarePantis"
  • "Pest of the West"
  • "What Ever Happened to SpongeBob?"
  • "SpongeBob SquarePants vs. The Big One"
  • "To SquarePants or Not to SquarePants"
  • "Truth or Square"
  • "The Clash of Triton"
  • "SpongeBob's Last Stand"
  • "The Great Patty Caper"
  • "It's a SpongeBob Christmas!"
  • "Extreme Spots"
  • "SpongeBob, You're Fired"
  • "Goodbye, Krabby Patty?"
  • "The Legend of Boo-Kini Bottom"
  • "Squid Noir"
  • "Big Birthday Blowout"
Lokasi
Media lain
Filem
Permainan video
  • Legend of the Lost Spatula
  • Operation Krabby Patty
  • SuperSponge
  • Employee of the Month
  • Revenge of the Flying Dutchman
  • Battle for Bikini Bottom
  • The SpongeBob SquarePants Movie
  • Lights, Camera, Pants!
  • The Yellow Avenger
  • Creature from the Krusty Krab
  • Atlantis SquarePantis
  • Underpants Slam
  • SpongeBob SquarePants featuring Nicktoons: Globs of Doom
  • Drawn to Life: SpongeBob SquarePants Edition
  • The Big One: Beach Party Cook-Off
  • Truth or Square (permainan video)
  • Truth or Square (permainan arked)
  • Boating Bash
  • SpongeBob SquigglePants
  • SpongeBob's Surf & Skate Roadtrip
  • SpongeBob Moves In!
  • Plankton's Robotic Revenge
  • SpongeBob HeroPants
Album
  • SpongeBob SquarePants: Original Theme Highlights
  • The SpongeBob SquarePants Movie – Music from the Movie and More...
  • The Yellow Album
  • The Best Day Ever
  • SpongeBob's Greatest Hits
  • It's a SpongeBob Christmas! Album
  • Music from The SpongeBob Movie: Sponge Out of Water
  • SpongeBob SquarePants: The New Musical (Original Cast Recording)
Karya lain
  • Cenderamata
    • SpongeBob Squarepants Trading Card Game
  • SpongeBob Comics
  • SpongeBob SquarePants (muzikal)
Tarikan
  • Jimmy Neutron's Nicktoon Blast
  • SpongeBob SquarePants 4-D
  • SpongeBob SquarePants Rock Bottom Plunge
  • SpongeBob SquarePants 4D: The Great Jelly Rescue
  • Universal's Superstar Parade
Lain-lain
  • Square Roots: The Story of SpongeBob SquarePants
  • Spongiforma squarepantsii
  • 2015 SpongeBob SquarePants 400
Berkaitan
  • Anugerah dan pencalonan
  • Kamp Koral
  • Buku Wikipedia Buku
  • Kategori Kategori