Tamagoyaki

Tamagoyaki
Gulungan tamagoyaki yang siap dimasak di sebuah restoran Tokyo
JenisTelur dadar
Jenis sajianSarapan
Tempat asalJepun
Bahan utamaTelur
Bahan yang biasa digunakanTelur ayam Sunting ini di Wikidata
Keragaman/variasiUsuyaki-tamago, kinshi-tamago, iri-tamago
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Tamagoyaki ([ta-ma-go-ya-ki], 卵焼き atau 玉子焼き; "telur panggang") adalah sejenis telur dadar yang didapati di Jepun. Telur dadar ini dibuat dimasak menggunakan alat kuali bersegi empat khas dipanggil makiyakinabe (玉子焼き鍋; たまごやきなべ). Telur dikacau agar kuning telur bercampur dengan putih telur serta ditambah gula dan garam atau kicap sebagai penambah perisa; telur ini lalu digoreng selapis demi selapis sambil digulung dengan penyepit.

Jenis

Telur dadar ini boleh dimasak dengan pelbagai cara bagi menambah perisa yang pelbagai pada asas telur itu sendiri:

  • Dashimaki tamago - Tamagoyaki yang tidak manis kerana dicampur sari katsuobushi yang popular di daerah Kansai, sedangkan Tamagoyaki dengan gula yang sangat banyak lebih popular di Tokyo.
  • Umaki - tamagoyaki dengan belut (unagi) jenis "kabayaki" yang disembunyikan di dalam gulungan telur sewaktu telur digoreng.
  • Atsuyaki tamago - tamagoyaki yang sengaja dibuat tebal, digunakan sebagai neta pada sushi.

Lihat juga

  • Datemaki
  • Telur goreng