Voyager 2

Voyager 2
Voyager 2
Jenis misiPenerokaan antara planet
PengoperasiNASA / JPL[1]
COSPAR ID1977-076A[2]
SATCAT №10271[3]
Tapak webvoyager.jpl.nasa.gov
Jangka masa misi46 tahun, 8 bulan dan 25 hari sudah berlalu
Planetary mission: 12 years, 1 month, 12 days
Interstellar mission: 34 tahun, 7 bulan dan 13 hari masih berjalan
Ciri kapal angkasa lepas
PembuatMakmal Pendorongan Jet (JPL)
Berat berlepas721.9 kilogram (1,592 lb)
Kuasa420 watt
Permulaan misi
Tarikh pelancaranTidak diiktiraf sebagai tarikh. Tahun mesti mempunyai 4 digit (penggunaan sifar di hadapan untuk tahun < 1000). UTC
RoketTitan IIIE
Tapak pelancaranCape Canaveral LC-41
Invalid value for parameter "type"
Invalid parameter9 Julai 1979
"distance" should not be set for missions of this nature570,000 kilometer (350,000 bt)
Invalid value for parameter "type"
Invalid parameter25 Ogos 1981
"distance" should not be set for missions of this nature101,000 km (63,000 bt)
Invalid value for parameter "type"
Invalid parameter24 Januari 1986
"distance" should not be set for missions of this nature81,500 km (50,600 bt)
Invalid value for parameter "type"
Invalid parameter24 Ogos 1989

Kapal angkasa lepas Voyager 2 ialah sebuah kuar angkasa lepas seberat 722 kg yang dilancarkan NASA pada 20 Ogos 1977 bagi mengkaji bahagian luaran Sistem Suria dan seterusnya ruang antara bintang. Kuar ini sebenarnya dilancarkan sebelum pelancaran Voyager 1, akan tetapi Voyager 1 bergerak lebih laju dan lama kelamaan memotongnya. Kuar ini sudah beroperasi selama 46 tahun, 8 bulan dan 25 hari semanjak 15 Mei 2024; kapal angkasa lepas masih menerima dan mengirim data via jaringan Deep Space Network.[4] Pada jarak 101.75 AU (1.522×1010 km) setakat 15 Mei 2024 dari Bumi,[5] ia masih kekal sebagai objek buatan manusia yang terletak paling jauh (bersama-sama Voyager 1, Pioneer 10 dan Pioneer 11). {nota: buat jarak masa kini, lihat[5]} Voyager 2 ialah sebahagian daripada Program Voyager bersam-sama kembarnya, Voyager 1, dan menjalankan misi yang dilanjutkan bagi mencari dan mengkaji sempadan luar Sistem Suria, termasuk Jalur Kuiper, heliosfera dan ruang antara bintang.

Misi primernya berakhir pada 31 Disember 1989 selepas bertemu dan menjelajah sistem Musytari pada tahun 1979, sistem Zuhal pada tahun 1980, sistem Uranus pada tahun 1986, dan sistem Neptun pada tahun 1989. Sehingga kini, Voyager 2 masih kekal sebagai kapal angkasa lepas tunggal yang pernah bertemu palnet-planet yang paling luar, Uranus dan Neptun. Kuar kini sedang bergerak dengan kelajuan 15.428 km/saat.[6]

Pertemuan dengan Uranus

Voyager 2 menghampiri Uranus pada jarak paling dekat pada 24 Januari 1986, apabila ia tiba hampir 81,500 km dari bahagian atasan awan planet tersebut. Voyager 2 juga menemui bulan-bulan Cordelia, Ophelia, Bianca, Cressida, Desdemona, Juliet, Portia, Rosalind, Belinda, Perdita dan Puck; mengkaji atmosfera unik Uranus yang disebabkan condong paksinya berukur of 97.8°; dan meneliti sistem gelang Uranus.

  • Uranus as viewed by Voyager 2
    Uranus, kelihatan dari Voyager 2
  • Departing image of crescent Uranus
    Imej sabit Uranus, semasa kuar meninggalkan planet.
  • Fractured surface of Miranda
    Permukaan merekah bulan Miranda.
  • Ariel as imaged from 130,000 km
    Gambar bulan Ariel, dirakam pada jarak 130,000 km.
  • Color composite of Titania from 500,000 km
    Gambar berwarna komposit bulan Titania dari jarak 500,000 km.
  • Umbriel imaged from 550,000 km
    Gambar bulan Umbriel dari jarak 550,000 km.
  • Color composite of Oberon
    Gambar bulan Oberon dari jarak 660,000 km.
  • Voyager 2 photo of the Rings of Uranus
    Gelang Uranus yang dirakamkan Voyager 2.
Media berkenaan pertemuan Voyager 2 Uranus di Wikimedia Commons

Pertemuan dengan Neptun

Voyager 2 menghampiri Neptun pada jarak paling dekat pada 25 Ogos 1989.[7][8] Memandangkan Neptun adalah planet yang terakhir di dalam Sistem Suria yang dapat dilawati Voyager 2, Ketua Saintis Projek, stafnya, dan para pengawal penerbangan membuat keputusan untuk melakukan penerbangan lalu jarak dekat di Triton, bulan Neptun yang terbesar antara dua bulan yang diketahui, untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat berkaitan dengan Neptun dan Triton, tidak kira sudut apakah akan diambil Voyager 2 semasa meninggalkan Neptun. Kes ini sama dengan kes Voyager 1 dengan penemuan kuar tersebut dengan Zuhal dan bulan gergasinya, Titan.

  • Voyager 2 image of Neptune
    Gambar Neptun dirakam Voyager 2.
  • Neptune and Triton three days after Voyager's flyby
    Neptune dan Triton, tiga hari selepas penebangan lalu Voyager 2.
  • Despina as imaged from Voyager 2
    Bulan Despina, dirakam Voyager 2.
  • Cratered surface of Larissa
    Permukaan berkawah bulan Larissa.
  • Dark surface of Proteus
    Permukaan gelap bulan Proteus.
  • Color mosaic of Voyager 2 Triton
    Mozek berwarna Triton dirakamkan Voyager 2.
  • Cirrus clouds imaged above gaseous Neptune
    Awan sirus di bahagian atas Neptun.
  • Rings of Neptune taken in occulation from 280,000km
    Gelang Neptun diambil semasa penghijaban planet, diambil pada jarak 280,000 km.
Media berkenaan pertemuan Voyager 2 Neptun di Wikimedia Commons

Misi antara bintang

Sebaik sahaja misi planetnya selesai, Voyager 2 dikatakan sedang bekerja dalam misi antara bintang, yang sedang dilaksanakan [[NASA] bagi meneliti keadaan Sistem Suria yang melewati heliosfera. Pada masa ini, Voyager 2 sedang mengirim data saintifik pada kadar 160 bit sesaat. Maklumat berkaitan dengan pertukaran telemetri denga Voyager 2 dapat diperoleh daripada Voyager Weekly Reports (Laporan Mingguan Voyager).[9]

Posisi simulasi Voyager 2 pada 8 Februari 2012 menunjukkan trajektori kapal angkasa lepas semenjak pelancaran
yellow spot surrounded by three concentric light-blue ellipses labeled from inside to out: Saturn, Uranus and Neptune. A grey ellipse labeled Pluto overlaps Neptune's ellipse. Four colored lines trails outwards from the central spot: a short red line labeledVoyager 2 traces to the right and up; a green and longer line labeled Pioneer 11 traces to the right; a purple line labeled Voyager 1 traces to the bottom right corner; and a dark blue line labeled Pioneer 10traces left
Peta menunjukkan lokasi dan trajektori-trajektori Pioneer 10, Pioneer 11, Voyager 1 dan Voyager 2, pada 4 April 2007.

Masa depan kuar

Voyager 2 sekarang tidak menuju ke mana-mana bintang mahupun dalam jangka masa lebih kurang 40,000 tahun, ia seharusnya melintasi bintang Ross 248 pada jarak 1.7 tahun cahaya (15.6 trilion km).[10] Dan jika tidak diganggu buat selama 296,000 tahun, Voyager 2 seharusnya melintasi bintang Sirius pada jarak 1.32 parsec (4.3 ly, 40 trilion km). Voyager 2 dijangka akan mengirim pesanan radio yang lemah sekurang-kurangnya sehingga tahun 2025, lebih daripada 48 tahun selepas pelancarannya.[11]

Rujukan

  1. ^ "VOYAGER:Mission Information". NASA. 1989. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-21. Dicapai pada January 2, 2011.
  2. ^ "Voyager 2". US National Space Science Data Center. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-20. Dicapai pada 25 August 2013.
  3. ^ "VOYAGER 2". N2YO. Dicapai pada 25 August 2013.
  4. ^ NASA Voyager - The Interstellar Mission Mission Overview Diarkibkan 2012-12-08 di Wayback Machine
  5. ^ a b Jpl.Nasa.Gov. "Where are the Voyagers - NASA Voyager". Voyager.jpl.nasa.gov. Dicapai pada 2013-09-14.
  6. ^ "Voyager Mission: Weekly Reports of 15 July 2013". Dicapai pada 15 July 2013.
  7. ^ "Voyager – Fact Sheet". Dicapai pada August 28, 2009. Following Voyager 2's closest approach to Neptune on August 25, 1989
  8. ^ Nardo 2002, halaman 15
  9. ^ "Voyager Weekly Reports". Voyager.jpl.nasa.gov. 2013-09-06. Dicapai pada 2013-09-14.
  10. ^ "Voyager – Mission – Interstellar Mission". NASA. June 22, 2007. Dicapai pada August 14, 2013.
  11. ^ "Voyager – Spacecraft – Spacecraft Lifetime". NASA Jet Propulsion Laboratory. March 15, 2008. Dicapai pada May 25, 2008.

Bacaan lanjut

  • "Saturn Science Results". Voyager Science Results at Saturn. Dicapai pada February 8, 2005.
  • "Uranus Science Results". Voyager Science Results at Uranus. Dicapai pada February 8, 2005.
  • Nardo, Don (2002). Neptune. Thomson Gale. ISBN 0-7377-1001-2
  • JPL Voyager Telecom Manual

Pautan luar

  • NASA Voyager website
  • Voyager Spacecraft Lifetime
  • Voyager 2 Mission Profile Diarkibkan 2007-08-01 di Wayback Machine by NASA's Solar System Exploration
  • Voyager 2 (NSSDC Master Catalog)
  • Spacecraft Escaping the Solar System – current positions and diagrams
  • Mission state
  • Voyager 2 Detects Odd Shape of Solar System's Edge May 23, 2006
  • Voyager 2 software faults at launch, 1977 Aug 20 10:29
  • Voyager 2 Twitter
  • l
  • b
  • s
Program Voyager
Kapal angkasa
Konsep
  • Bantuan graviti
  • Generator termolistrik radioisotop
  • Tenaga orbit khusus Voyager 1
  • Program Grand Tour
Karya
Pasukan Voyager
  • Stamatios Krimigis
  • Carolyn Porco
  • Raymond Heacock
  • Jim Blinn
  • Edward C. Stone
  • Timothy Ferris
Sasaran pemerhatian
  • Enceladus
  • Masubi (gunung berapi)
  • Penjelajahan Musytari
  • Penjelajahan Zuhal
  • Penjelajahan Uranus
  • Prometheus (gunung berapi)
  • Penjelajahan Io
  • Cincin Neptun
  • Dunyazad (kawah)
  • Surt (gunung berapi)
  • Shahrazad (kawah)
  • Pele (gunung berapi)