Balung kethek

Balung kethek
JenisFried cassava, snek Sunting ini di Wikidata
Tempat asal Indonesia
Kawasan/rantauJawa
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Balung kethèk merupakan snek kerepek ubi kayu yang berasal daripada Solo, Jawa Tengah, Indonesia. Makanan hampir pupus kerana ditelan zaman.[1]

Etimologi

Ia berasal dari dua perkataan yang digabungkan, dan berasal daripada Bahasa Jawa. Berdasarkan Kamus Besar Bahasa Indonesia, perkataan balung membawa bermaksud tulang[2] manakala kethek pula bermaksud monyet.[3][4] Ia dinamakan semedemikian kerana teksturnya yang keras seperti tulang.[1] Kata "monyet" yang dimaksudkan ialah apabila kita memakannya/mengunyah, ekspresi menyeringai atau menggerenyotkan mulut akan muncul disebabkan teksturnya yang keras, di mana ia dikaitkan dengan ekspresi seekor kethek atau monyet.[5][6]

Penyediaan dan bahan

Balung kethek ialah kerepek ubi kayu yang lebih tebal berbanding dengan kerepek lainnya.[7] Proses pembuatan balung kethek juga berbeza dengan yang lain, pertama-tama ubi kayu akan dikupas kulitnya terlebih dahulu. Kemudian akan dicuci sehingga bersih dan akan dimasak dengan mengunakan teknik kukus atau rebus. Setelah siap dimasak dan matang, ubi kayu akan diangkat dan disejukkan. Ubi kayu akan dipotong dengan panjang kira-kira lima hingga tujuh sentimeter (cm) dengan lebar dua sentimeter. Apabila siap, ubi kayu itu akan di dijemur di terik matahari sehingga kering, lalu di goreng rendam. Balung kethek biasanya disajikan dengan diberi penyedap ataupun garam. Ada juga memakai rasa pedas manis, terbuat daripada [[gula Melaka], cili, bawang putih, dan garam.[5][8]

Galeri

  • Gambaran lebih dekat balung kethek.
    Gambaran lebih dekat balung kethek.
  • Balung kethek.
    Balung kethek.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ a b Balung Kethek, Camilan Khas Solo yang Nyaris Punah di Kompas (Indonesia)
  2. ^ Maksud Balung di KBBI Daring (Indonesia)
  3. ^ Maksud kethek di Kamus Jawa-Bahasa Melayu, Glosbe (Melayu)
  4. ^ Prasita Puspita Sari, Hanifah, Ani Novianti. Makanan Khas Jawa Tengah (dalam bahasa Indonesia). m/s. 52. ISBN 9786232702738.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  5. ^ a b Indramana (28 Oktober 2017). "Balung Kethek, Makanan Ringan Sekeras Tulang Monyet #DaftarSB19". Budaya Indonesia (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 1 Januari 2022.
  6. ^ Raiy Ichwana (19 Ogos 2021). Jalan Buat Napas (dalam bahasa Indonesia). Platinum Publisher. m/s. 28. ISBN 9786236536254. Dicapai pada 1 Mac 2022.
  7. ^ Balthek Alias Balung Kethek, Camilan Khas Solo yang Nyaris Punah di Tribunnews (Indonesia)
  8. ^ Faatihahma Maurisna (5 Ogos 2018). "Cara Membuat balung Kethek". Budaya Indonesia (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 1 Januari 2022.
  • l
  • b
  • s
Masakan Indonesia mengikut kumpulan etnik
Am
Acheh
Bali
Batak
Betawi
Bugis dan Makassar
  • Coto Makassar
  • Pallubasa
  • Konro
  • Sop sodara
  • Kapurung
  • Buras
Chirebon
China Indonesia
Jawa
Lampung
Melayu
Maluku dan Papua
Minahasa
Minangkabau
Palembang
Sasaq
Sunda
Timor
Snek
Minuman