Peter Pettigrew

Watak Harry Potter
Peter Pettigrew
Timothy Spall sebagai Peter Pettigrew
dalam Harry Potter and the Prisoner of Azkaban
Peter Pettigrew
Jantina Lelaki
Warna rambut "Tidak berwarna" — putih (sebelumnya keperangan)
Rumah Gryffindor
Sekolah Hogwarts
Keturunan Sihir
Dilakonkan oleh Timothy Spall, Charles Hughe (sebagai remaja)
Kemunculan pertama Harry Potter and the Philosopher's Stone (dalam bentuk Animagus)
Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (dalam bentuk orang)

Peter Pettigrew (lahir 1958) merupakan watak rekaan dalam siri Harry Potter. Dalam filem, watak ini dilakonkan oleh Timothy Spall sebagai dewasa, dan Charles Hughes sebagai remaja.

Pettigrew sering dirujuk sebagai "Wormtail".

Templat:Spoiler

Biografi

Dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban, Harry Potter mengetahui yang Pettigrew adalah sahabat bapanya (James Potter) yang menentang Sirius Black selepas mengetahui akan pengkhianatannya terhadap ibu bapa Harry. Black dikatakan membunuh Pettigrew, meninggalkan hanya sebatang jari sebagai bukti jenayah dan membunuh tiga belas Muggle yang tidak berdosa. Disebabkan itu, Black dihantar ke penjara sihir, Azkaban.

Walau bagaimanapun, pada penghujung buku, Sirius Black and Remus Lupin mendedahkan yang Pettigrew adalah Animagus yang mengambil bentuk seekor tikus ("Scabbers"). Dengan nama gelaran "Wormtail", dia menjadi Penjaga Rahsia kepada James Potter dan isterinya Lily Evans ketika Harry masih lagi bayi, dengan harapan Lord Voldemort akan mengejar Black. Walau bagaimanapun, Pettigrew mengkhianati pasangan Potters dan menyerahkan mereka kepada Voldemort untuk mendapatkan perhatian Raja Kuasa Jahat. Ketika berhadapan dengan Sirius pada malam tersebut, Pettigrew yang meletupkan muggle-muggle dan kemudian menukar dirinya kepada tikus dan melarikan diri bersama tikus lain ke tempat saluran pembetungan. Dia turut meninggalkan jarinya yang putus dan berjaya menipu akan kematiannya; dan kesannya, Black dikatakan membunuh Pettigrew, dan bertanggungjawab ke atas jenayah Pettigrew yang lain. Sejak itu, Pettigrew menyamar sebagai "Scabbers", tikus peliharaan Percy Weasley yang kemudiannya diberikan kepada Ron. Tidak diketahui bagaimana Scabbers boleh memasuki dalam keluarga Weasley. Walau bagaimanapun, Pettigrew menggunakan masa di sana dengan sebaiknya: mengawasi sebarang khabartentang Voldemort atau Black. Tidak satupun keluarga Weasley yang perasan bahawa "Scabbers" melampaui usia tikus biasa dan kehilangan satu jari kaki.

Pada tahun kedua Harry dan Ron di Hogwarts, Scabbers telah bergambar dengan keluarga Weasley bagi Daily Prophet apabila Arthur Weasley memenangi percutian ke Mesir. Ini membuatkan Sirius Black terdesak untuk keluar dari Azkaban apabila dia mengenali Pettigrew melalui gambar itu.

Pettigrew menipu akan kematiannya sekali lagi untu mengelakkan Crookshanks, kucing Hermione, yang membantu Black. Selepas penangkapannya dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban, Harry menghalang Sirius dan Lupin daripada Pettigrew, tetapi kemudian dia melarikan diri sebagai tikus dan menyertai Voldemort. Walau bagaimanapun, Peter kini terhutang nyawa dengan Harry. Kemudian Albus Dumbledore menerangkan kepada Harry, satu sihir kuno kini mengikat mereka berdua, dan, "Satu hari nanti akan tiba ketika kamu amat bersyukur yang kamu menyelamatkan nyawa Pettigrew".

Peranan Harry Potter

Harry Potter dalam Piala Api

In Harry Potter and the Goblet of Fire, Pettigrew membantu Voldemort dalam satu perancangan untuk menangkap. Apabila Harry dan Cedric Diggory dibawa ke tanah perkuburan melalui kunci gerbang, Pettigrew, membawa tubuh kecil tuannya, muncul dari kegelapan. Atas arahan Voldemort, Peter membunuh Cedric dengan Avada Kedavra, sumpahan membunuh dan mengikat Harry pada batu. Dia kemudiannya mengadakan upacara jampi yang rumit untuk mengembalikan tubuh sebenar Voldemort, mengorbankan tangannya sendiri dan menambah darah Harry ke dalam posyen. Sebagai balasan, dia diberikan tangan perak oleh Voldemort yang bersambung dengan lengan Pettigrew yang dipotongnya. Tangan yang baru ini lebih kuat dari yang sebelumnya.

Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix

Pettigrew hanya muncul dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix dalam ingatan Severus Snape. Dia juga dapat dilihat dalam potret keahlian asal Kumpulan Phoenix.

Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan

Beliau muncul buat seketika dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan. Apabila Narcissa Malfoy dan Bellatrix Lestrange melawat Snape dirumahnya, dinyatakan yang Pettigrew kini bersembunyi di sana atas arahan Voldemort. Beliau kembali berasa curiga dengan Snape ketika mendengar melalui celah lubang kunci. J.K. Rowling telah memberi petunjuk yang Pettigrew akan muncul dalam novel terakhir dan ia berkenaan dengan spekulasi yang Pettigrew akan membayar semula hutang nyawa kepada Harry.

Lihat juga

  • p
  • b
  • s
Watak Harry Potter
Saudara

People:
Sirius Black | Regulus Black | Phineas Nigellus Black | Fleur Delacour | Aberforth Dumbledore | Bellatrix Lestrange | Remus Lupin | Draco Malfoy | Lucius Malfoy | Narcissa Malfoy | James Potter | Lily Potter | Nymphadora Tonks | Arthur Weasley | Bill Weasley | Charlie Weasley | Fred dan George Weasley | Ginny Weasley | Molly Weasley | Percy Weasley
Keluarga:
Keluarga Black | Keluarga Dumbledore | Keluarga Dursley | Keluarga Gaunt | Keluarga Lupin | Keluarga Malfoy | Keluarga Potter | Keluarga Riddle | Keluarga Snape | Keluarga Weasley

Staf dan pelajar Hogwarts

Staf | Pengasas | Hantu
Pelajar:
Cho Chang | Cedric Diggory | Neville Longbottom | Luna Lovegood
Organisasi:
Tentera Dumbledore | Skuad Penyoalsiasat | Kelab Slug | Pasukan Quidditch Hogwarts | S.P.E.W.
Staf:
Argus Filch | Filius Flitwick | Rubeus Hagrid | Minerva McGonagall | Horace Slughorn | Pomona Sprout | Sybill Trelawney

Barty Crouch Sr | Cornelius Fudge | Alastor Moody | Rufus Scrimgeour | Kingsley Shacklebolt | Dolores Umbridge

Watak lain

Orang:
Barty Crouch Jr | Gellert Grindelwald | Igor Karkaroff | Viktor Krum | Gilderoy Lockhart | Myrtle Mengerang | Encik Ollivander | Peter Pettigrew | Quirinus Quirrell | Rita Skeeter
Makhluk:
Boggart | Dementor | Pari-pari rumah | Goblin | Hantu | Inferius | Testral | Trol | Serigala jadian
Basilisk | Buckbeak | Crookshanks | Dobby | Fawkes | Firenze | Griphook | Hedwig | Kreacher | Nagini | Peeves

Kumpulan dan persatuan:
Animagus | Death Eater | Penjarah | Kumpulan Phoenix | Potret |