Sybill Trelawney

Watak Harry Potter
Sybill Trelawney
Sybill Trelawney, dilakonkan oleh Emma Thompson,
Sybill Trelawney
Jantina Perempuan
Warna rambut Perang Gelap
Warna mata Hitam
Sekolah Tidak diketahui
(kemungkinan Hogwarts)
Keturunan Sihir
Dilakonkan oleh Emma Thompson
Kemunculan pertama Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (buku & filem)

Sybill Patricia Trelawney (Sibyll Patricia Trelawney di Amerika Syarikat) merupakan watak ciptaan J.K. Rowling dalam siri Harry Potter. Beliau merupakan anak kepada cicit Cassandra Trelawney, yang namanya diambil dari nam Cassandra iaitu seorang peramal kaum Trojan dalam mitos klasik. Watak ini dilakonkan oleh Emma Thompson dalam filem Harry Potter and the Prisoner of Azkaban.



Amaran Spoiler: Terdapat penerangan plot atau penamatan yang mungkin anda masih belum ingin mengetahuinya.



Trelawney di Hogwarts

Trelawney ialah pengajar subjek Peramalan di Hogwarts. Harry Potter dan rakannya Hermione Granger dan Ron Weasley menganggap Trelawney sebagai seorang yang suka merapu yang turut diakui sendiri oleh Profesor McGonagall. Kredibilitinya sebagai seorang peramal tidak menarik perhatian apabila sentiasa meramalkan akan kematian pelajar setiap tahun di Hogwarts yang sudah tentu tidak berlaku sama sekali.

Beliau sering memakai gelang yang banyak, selendang dan dihiasi manik-manik. Beliau juga memakai cermin mata berkanta yang sangat tebal sehingga matanya kelihatan amat besar. Beliau akan mengeluarkan suara yang beralun dan mendayu-dayu ketika bercakap.

Pada tahun ketiga Harry, iaitu tahun pertama Harry mengambil subjek Peramalan, Trelawney sering meramalkan suatu yang buruk terhadap Harry sehinggakan kematian Harry diulang-ulang dalam kelas. Oleh kerana itu, Hermione sanggup menggugurkan kelas tersebut. Harry dan Ron pula meneruskan sehinggalah tahap P.S.B mereka dan tidak terlintas langsung di fikiran mereka untuk menyambung pelajaran itu.

Trelawney bekerja di Hogwarts sejak tahun 1979 apabila beliau telah meramalkan suatu yang benar dan membahayakan iaitu kehancuran Lord Voldemort iaitu:

"Dia yang berkuasa melenyapkan Raja Kuasa Jahat akan lahir ke dunia... dilahirkan oleh mereka yang tiga kali menentangnya, lahir pada saat berakhirnya bulan ketujuh... dan Raja Kuasa Jahat akan menandakannya sebagai lawan yang setanding, namun dia akan mempunyai kuasa yang Raja Kuasa Jahat sendiri tidak mengira.. salah seorang mesti mati di tangan yang seorang lagi kerana tiada hidup bagi yang satu jika satu lagi masih bernyawa... dia yang berkuasa melenyapkan Raja Kuasa Jahat akan lahir pada saat berakhirnya bulan ketujuh..."

Tilikan tersebut dipercayai merujuk kepada Voldemort iaitu sebagai "Raja Kuasa Jahat" dan Harry Potter yang lahir pada 31 Julai. Tetapi, ketika tilikan ini dibuat, ia juga boleh merujuk kepada Neville Longbottom yang lahir pada 30 Julai. Sebahagian tilikan tersebut telah menjadi nyata pada 31 Oktober 1981, apabila Harry Potter telah terselamat dari sumpahan membunuh Voldemort. Hal ini diakibatkan juga oleh tilikan yang terbocor maklumatnya apabila turut didengar oleh Severus Snape yang ketika itu masih berpihak kepada Voldemort.

Profesor Trelawney di dalam kelas berhadapan dengan Seamus Finnigan di dalam filem Harry Potter and the Prisoner of Azkaban

Pada penutup Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, Profesor Dumbledore mendedahkan hakikat yang tilikan tersebut lebih merujuk kepada Harry berbanding Neville.

Trelawney juga pernah meramalkan akan kebangkitan semula Lord Voldemort apabila beliau meramalkan:

"Perkara itu akan terjadi malam ini. Raja Kuasa Jahat sendirian tidak berkawan, ditinggalkan oleh pengikutnya. Hambanya telah terpenjara selama dua belas tahun ini. Malam ini, sebelum tengah malam, hambanya akan lepas bebas untuk bergabung tenaga dengan tuannya. Raja Kuasa Jahat akan bangkit semula dengan bantuan hambanya, lebih kuat dan dahsyat daripada sebelumnya. Malam ini... sebelum tengah malam... hambanya... akan bebas... untuk bersatu... dengan tuannya..."

Tilikan ini terjadi apabila Peter Pettigrew mendedahkan identitinya sebagai pengikut Voldemort lalu terlepas untuk menyertai Voldemort atau apabila Barty Crouch Jr. yang juga pengikut Voldemort dilepaskan dari Azkaban tanpa pengetahuan orang ramai.

Pada tahun 1996, Profesor Trelawney telah dilucutkan jawatan oleh Pegawai Penyoal Siasat Tertinggi Hogwarts iaitu Dolores Umbridge kerana tilikan Trelawney yang meramalkan akan kejatuhan Umbridge. Walau bagaimanapun, Dumbledore menggesa agar Trelawney tinggal di Hogwarts walaupun tidak mengajar. Sebabnya adalah kerana Dumbledore merisaukan keselamatan Trelawney kerana kemungkinan Voldemort menginginkan tilikan yang dibuatnya. Trelawney diberikan semula jawatan asalnya selepas Umbridge disingkir dari Hogwarts.

Lihat juga

  • p
  • b
  • s
Watak Harry Potter
Saudara

People:
Sirius Black | Regulus Black | Phineas Nigellus Black | Fleur Delacour | Aberforth Dumbledore | Bellatrix Lestrange | Remus Lupin | Draco Malfoy | Lucius Malfoy | Narcissa Malfoy | James Potter | Lily Potter | Nymphadora Tonks | Arthur Weasley | Bill Weasley | Charlie Weasley | Fred dan George Weasley | Ginny Weasley | Molly Weasley | Percy Weasley
Keluarga:
Keluarga Black | Keluarga Dumbledore | Keluarga Dursley | Keluarga Gaunt | Keluarga Lupin | Keluarga Malfoy | Keluarga Potter | Keluarga Riddle | Keluarga Snape | Keluarga Weasley

Staf dan pelajar Hogwarts

Staf | Pengasas | Hantu
Pelajar:
Cho Chang | Cedric Diggory | Neville Longbottom | Luna Lovegood
Organisasi:
Tentera Dumbledore | Skuad Penyoalsiasat | Kelab Slug | Pasukan Quidditch Hogwarts | S.P.E.W.
Staf:
Argus Filch | Filius Flitwick | Rubeus Hagrid | Minerva McGonagall | Horace Slughorn | Pomona Sprout | Sybill Trelawney

Barty Crouch Sr | Cornelius Fudge | Alastor Moody | Rufus Scrimgeour | Kingsley Shacklebolt | Dolores Umbridge

Watak lain

Orang:
Barty Crouch Jr | Gellert Grindelwald | Igor Karkaroff | Viktor Krum | Gilderoy Lockhart | Myrtle Mengerang | Encik Ollivander | Peter Pettigrew | Quirinus Quirrell | Rita Skeeter
Makhluk:
Boggart | Dementor | Pari-pari rumah | Goblin | Hantu | Inferius | Testral | Trol | Serigala jadian
Basilisk | Buckbeak | Crookshanks | Dobby | Fawkes | Firenze | Griphook | Hedwig | Kreacher | Nagini | Peeves

Kumpulan dan persatuan:
Animagus | Death Eater | Penjarah | Kumpulan Phoenix | Potret |