Dean Thomas

Watak Harry Potter
Dean Thomas
Jantina Lelaki
Warna rambut Hitam
Warna mata Perang
Rumah Gryffindor
Sekolah Hogwarts
Keturunan Campuran Sihir
Dilakonkan oleh Alfred Enoch
Kemunculan pertama Harry Potter and the Sorcerer's Stone (buku & filem)

Dean Thomas merupakan salah seorang watak rekaan J. K. Rowling dalam siri rekaannya iaitu Harry Potter. Dia dikenali dengan kemahirannya yang pandai melukis dan meniru tandatangan. Dia berkongsi bilik srama dengan Harry, Ron, Neville, dan sahabat baiknya Seamus Finnigan. Dean juga berkawan dengan Harry, Ron, Parvati dan Lavender. Dean menggemari kelas Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam dan pengajar kegemarannya ialah Profesor Lupin. Dean sering membela Lupin ketika berbalah dengan Umbridge dan amat kagum dengan kemahiran dan cara Lupin.

Dean dilahirkan oleh ibu yang Muggle dan bapa. yang mungkin seorang ahli sihir, yang tidak pernah diketahui keluarganya. Tanpa diketahui oleh Dean, bapanya telah dibunuh oleh sekumpulan Death Eater apabila dia enggan menyertai mereka dan Dean dibesarkan oleh ibu dan bapa tirinya. Dia turut mempunyai beberapa orang adik-beradik tiri. Walaupun ia tidak diterangkan di dalam novel, ia dikira berkaitan kerana telah diperkatakan oleh Rowling sendiri dalam laman webnya Diarkibkan 2009-05-02 di Wayback Machine dan Rowling sendiri menyatakan yang ia adalah plot kecil dalam draf asal Bilik Rahsia. Ada pernyataan mengatakan yang Dean merupakan peminat pasukan bola sepak West Ham United.

Apabila Skrewt Berhujung Meletup mengamuk di petak labu ketika Penjagaan Makhluk Ajaib, Dean adalah antara pelajar yang membantu yang lain sebelum berlindung di dalam pondok Hagrid.

Dean percayakan dakwaan Harry tentang kembalinya Voldemort dan juga salah seorang ahli kumpulan TD. Ketakutan Dean yang paling teruk ialah tangan putus yang bergerak. Pada penghujung Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix Dean mula keluar dengan Ginny Weasley, walau bagaimanapun, mereka putus hubungan pada penghujung Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan. Dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan Dean menjadi Chaser simpanan apabila Katie Bell mengalami kemalangan.

Dalam Harry Potter dengan Batu Hikmat edisi UK, Dean Thomas tidak disebut ketika upacara penyisihan. Dia, walau bagaimanapun, disisih dalam edisi Amerika sebaik selepas Harry dan sebelum Lisa Turpin. Menurut Rowling, penyunting UK merasakan bab tersebut terlalu panjang dan terpaksa memotong beberapa maklumat. Penyuntingan ini menyebabkan kesilapan pada edisi AS: ia menyatakan tiga pelajar yang tinggal tetapi menyebut empat nama (Thomas, Turpin, Weasley dan Zabini).

Terdapat spekulasi mengatakan bahawa nama Dean Thomas adalah sempena Forest of Dean, seperti nama watak yang lain, merupakan tempat berhampirann dengann tempat kelahiran Rowling, Gloucestershire.

Dia dilakonkan oleh Alfred Enoch dalam filem Harry Potter.

Lihat juga

Pautan luar

  • (Inggeris)Maklumat tentang latar belakang Dean Thomas oleh J.K. Rowling Diarkibkan 2005-11-25 di Wayback Machine
  • (Inggeris)'Wizards & Witches A to Z' dari laman web Harry Potter Lexicon
  • p
  • b
  • s
Watak Harry Potter
Saudara

People:
Sirius Black | Regulus Black | Phineas Nigellus Black | Fleur Delacour | Aberforth Dumbledore | Bellatrix Lestrange | Remus Lupin | Draco Malfoy | Lucius Malfoy | Narcissa Malfoy | James Potter | Lily Potter | Nymphadora Tonks | Arthur Weasley | Bill Weasley | Charlie Weasley | Fred dan George Weasley | Ginny Weasley | Molly Weasley | Percy Weasley
Keluarga:
Keluarga Black | Keluarga Dumbledore | Keluarga Dursley | Keluarga Gaunt | Keluarga Lupin | Keluarga Malfoy | Keluarga Potter | Keluarga Riddle | Keluarga Snape | Keluarga Weasley

Staf dan pelajar Hogwarts

Staf | Pengasas | Hantu
Pelajar:
Cho Chang | Cedric Diggory | Neville Longbottom | Luna Lovegood
Organisasi:
Tentera Dumbledore | Skuad Penyoalsiasat | Kelab Slug | Pasukan Quidditch Hogwarts | S.P.E.W.
Staf:
Argus Filch | Filius Flitwick | Rubeus Hagrid | Minerva McGonagall | Horace Slughorn | Pomona Sprout | Sybill Trelawney

Barty Crouch Sr | Cornelius Fudge | Alastor Moody | Rufus Scrimgeour | Kingsley Shacklebolt | Dolores Umbridge

Watak lain

Orang:
Barty Crouch Jr | Gellert Grindelwald | Igor Karkaroff | Viktor Krum | Gilderoy Lockhart | Myrtle Mengerang | Encik Ollivander | Peter Pettigrew | Quirinus Quirrell | Rita Skeeter
Makhluk:
Boggart | Dementor | Pari-pari rumah | Goblin | Hantu | Inferius | Testral | Trol | Serigala jadian
Basilisk | Buckbeak | Crookshanks | Dobby | Fawkes | Firenze | Griphook | Hedwig | Kreacher | Nagini | Peeves

Kumpulan dan persatuan:
Animagus | Death Eater | Penjarah | Kumpulan Phoenix | Potret |